e-MUAMALAT
PORTAL MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Ada’ (اداء )Melaksana | |
Ada’ al-Dayn (اداء الدين)Melunaskan hutang | |
Ahkam al-Mal (احكام المال)Hukum-hukum berkaitan harta | |
Ahl al-kitab (اهل الكتاب)Golongan yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil | |
Ahliyyah al-Ada’ ( اهلية الاداء )Kelayakan atau kapasiti melaksanakan akad atau kontrak | |
Ahliyyah al-wujub al-Naqisah ( اهلية الوجوب النقصة)Kontrak di mana pihak yang berautoriti mewakilkan pihak lain untuk bertindak bagi pihaknya selama mana ia masih hidup. | |
Aqd al-Ta’ati (عقد التعاطي)Kontrak tunjuk terima seperti pembeli mengambil barang dan membayar harganya kepada penjual atau penjual menyerahkan barang kemudian pembeli membayarnya tanpa ada isyarat dan ungkapan. Bay al-Muaatah. | |
Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah (أهلية الأداء الكاملة) Ahliyyah al-Adaâ al-Kamilah |
|
Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah (أهلية الاداء اناقصة)Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak tetapi tidak sempurna. | |
Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah (أهلية الوجوب الكاميلة)Kelayakan menerima hak dan tanggungan dengan sempurna. | |
Al-Radd ( الرد) Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah.Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah.Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah. |
|
Aqd al-Tawarruq عقد التورق Kontrak tawarruq - Tawarruq. |
|
Al-Rahn (الرهن) Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai.Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai.Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai. |
|
Amanah (أمانة) Jujur, setia dan boleh dipercayai. |
|
Amil ( عامل) Pengurus atau pekerja yang memungut zakat |
|
Amin al-Sunduq ( أمين الصندوق) Pemegang amanah atau dana amanah. |
|
Amin al-Sunduq ( أمين الصندوق) Pemegang amanah atau dana amanah. |
|
Amwal ( أموال) Harta benda atau sesuatu yang berharga yang dapat dimiliki dan boleh diambil manfaat daripadanya |
|
Amwal al-'Ammah (أموال العامة)Harta Awam. | |
Aqar ( عقار ) Harta tak alih. Sesuatu harta yang tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti bangunan, rumah dan tanah. |
|
Aqd (عقد) Kontrak. Pertalian ijab dan qabul dalam suatu perjanjian. |
|
Aqd al-Mudaf (عقد المضاف) Kontrak masa depan. |
|
Aqd al-Munjiz (عقد المنجز) Kontrak yang berkuatkuasa segera. |
|
Aqd al-Musamma (عقد المسمى) Kontrak yang bernama |
|
Aqd al-Sahih (عد الصحيح) Kontrak yang sah, memenuhi rukun dan syarat- syarat yang menepati prinsip syariah. |
|
Aqd al-Tamlik (عقد التمليك) Kontrak pemilikan. |
|
Aqd al-Tawthiqi (عقد التوثيقي) Kontrak jaminan. Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad.Contohnya akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian. |
|
Aqd Fasid (عقد الفاسد) Kontrak yang terdapat kecacatan pada syaratnya. |
|
Aqd Ghayru Sahih / ‘Aqd al-batil (عقد غير صحيح / عقد الباطل) Kontrak yang tidak sah dan tidak memenuhi rukun dan |
|
Aqid (عاقد) Pihak yang berakad dalam urusniaga sama ada pihak berakad asal atau wakil. |
|
Ard (عروض) Barang. |
|
Ariyah (عارية) Pinjaman. |
|
Arud al-Tijarah Barang dagangan. |
|
Asabah (عصبة) Waris lelaki yang berhak ke atas baki dari harta pusaka. Kedudukan mereka dalam Undang-undang Islam adalah selepas waris ‘ashab al-furudh. |
|
Asabah bi al-ghayr (عصبة بالغير) Asabah oleh orang lain. Waris-waris ‘asabah ini semuanya terdiri daripada waris ‘ashab al-furudh |
|
Asabah bi al-Nafs (عصبة بالنفس) ‘Asabah dengan dirinya sendiri. Waris-waris yang termasuk di dalam kategori ini ialah semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan seterusnya ke bawah, bapa, bapa kepada bapa (datuk) dan seterusnya ke atas, saudara lelaki seibu sebapasaudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapasaudara (sebelah bapa) sebapa. |
|
Asabah ma’a al-ghayr ( عصبة مع الغير) Asabah bersama dengan yang lain. Ia bermaksud waris perempuan yang menerima ‘asabah dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain. Waris-waris yang terlibat dalam bentuk ‘asabah ini hanya dua orang iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. Mereka akan menerima ‘asabah apabila mewarisi bersama- sama dengan anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki seorang atau lebih) atau bersama dengan kedua-duanya sekali. |
|
Asabah Nasabiyyah ( عصبة نسبية) Harta yang diwarisi melalui keturunan atau waris si mati. ‘Asabah Nasabiyyah terbahagi kepada tiga bahagian: i) ‘asabah bi al-nafs. ii) ‘asabah bil al-ghair. |
|
Asabah Sababiyyah (عصبة سببية) Harta yang diwarisi dengan cara memerdekakan hamba; seperti pemilik hamba akan mewarisi harta si mati (hamba yang telah dimerdekakannya) sekiranya si mati tidak mempunyai waris |
|
Aset Wang tunai dan harta benda seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang dimiliki seseorang, syarikat atau pertubuhan dan |
|
Ashab al-Furud (أصحاب الفروض) Waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta pusaka menurut al-Quran, |
|
Ashum ‘Adiyah (ألاسهم العادية) Saham biasa iaitu saham tanpa hak istimewa. |
|
Aswaq Kharijiyyah / Aswaq al-Sarf al-Kharij ( أسواق خارجية / أسواق الصرف الخارج ) Pasaran penjualan mata wang asing. |
|
Awarid al-Ahliyyah (عوارض الأهلية) Halangan kelayakan. |
|
Awarid Muktasabah (عوارض مكتسبة) Halangan yang mendatang seperti jahil, mabuk dan bodoh atau dungu dan seumpamanya. |
|
Awaridh Samawiyyah (عوارض سماوية) Halangan yang ditetapkan Allah seperti gila, lupa, sakit, mati dan sebagainya. |
|
Awl (عول) Pertambahan pada saham-saham waris fardhu dan berlaku pengurangan pada kadar habuan mereka dalam pusaka mengikut nisbah pertambahan itu. Dengan kata lain, berlakunya pertambahan atau peningkatan jumlah saham yang diterima oleh waris dan berkurangnya nilai harta sebenar. |
|
Awraq Maliyyah (أوراق مالية) Sijil saham. |
|
Azmah Iqtisadiyyah (أزمة إقتصادية) Krisis ekonomi. |
|
Bay’ al-Fuduli ( بيع الفضولي ) Jual beli yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesuatu harta yang ia tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. |
|
Bay’ al- ‘Urbun ( بيع العربون) Satu bentuk jual beli di mana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang ini dianggap sebagai hibah (pemberian) daripada pembeli kepada penjual. |
|
Baitulmal ( بيت المال Institusi yang menerima dan mengurus kewangan dari pelbagai sumber harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain untuk kepentingan umat. |
|
Bay’ ( بيع )
|
|
Bay’ al-Dayn (بيع الدين )
|
|
Bay’ al-Gharar ( بيع الغرر )
|
|
Bay’ al-Hali ( بيع الحا لي ) Jual beli secara tunai. |
|
Bay’ al-Istighlal ( بيع الاستغلال ) Jual harta dengan syarat penjual mengambil harta yang dijual itu atas dasar sewa. |
|
Bay’ al-Istijrar ( بيع الاستجرار )
|
|
Bay’ al-Istisnaâ( بيع ألاستصناع)
|
|
Bay’ al-Isytirak ( بيع الاشتراك) Jual beli secara perkongsian. |
|
Bay’ al-Ja’iz (بيع الجائز) Jual beli yang diharuskan syarak. |
|
Bay’ al-Jizaf ( بيع الجظاف ) Akad jual beli barangan secara borong yang melibatkan barangan yang sukar untuk dihitung, ditimbang atau tidak diketahui kuantiti secara tepat produk tersebut. |
|
Bay’ al-Mawjud ( بيع الموجود ) Kontrak jual beli sesuatu yang sudah ada ketika akad dilakukan. |
|
Bay’ al-Ma’dum ( بيع المعدوم ) Menjual sesuatu barangan yang tidak dimiliki oleh penjual ketika kontrak jual beli berlangsung. |
|
Bay’ al-Muqayyadah ( بيع المقيدة ) Jual beli tukar barang. |
|
Bay’ al-Murabahah ( بيع المرا بحة ) Penjualan barangan pada harga kos ditambah margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian. |
|
Bay’ al-Muzayadah ( بيع المزايدة)
|
|
Bay’ al-Mu’atah ( بيع المعاطة )
|
|
Bay’ al-Sahih ( بيع الصحيح ) Akad sahih. |
|
Bay’ al-Salam (بيع السلم) Kontrak jual beli barang pesanan yang disepakati butiran terperinci pada awal akad dan pembayaran penuh dibuat secara tunai manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan Jual beli salam hanya bagi barang- barang yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada barang-barang ribawi. (untuk tukaran dengan barang ribawi dalam kategori yang sama asas pengharamannya (illah). |
|
Bay’ al-Sarf ( بيع الصرف ) Jual beli mata wang dengan mata wang lain termasuk emas dan perak. |
|
Bay’ al-Taqsit ( بيع التقسيط )
|
|
Bay’ al-Fasid ( بيع الفاسد ) - ‘Aqd Fasid. |
|
Bay’ al-Tasriyyah ( بيع التصريه )
|
|
Bay’ al-Wafa’ ( بيع الوفاء)
|
|
Bay’ al-Gharar ( بيع الغرر ) Jual beli yang mempunyai unsur- unsur penipuan atau ketidakpastian yang boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya sekiranya pembelian diteruskan seperti menjual ikan di dalam kolam. |
|
Bay’ al-‘Inah ( بيع العينة ) Jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli. Penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku. |
|
Bay’ Batil ( بيع باطل )
|
|
Bay’ al-Istighlal ( بيع الاستغلال ) Jual harta dengan syarat penjual mengambil harta yang dijual itu atas dasar sewa. |
|
Bay’ bi thaman al-ajil ( بيع بثمن الأجل ) Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu. |
|
Bay’ bima yanqati’ bihi al-si’r ( بيع بما ينقطع به السعر )
|
|
Bay’al-Mazad (بيع المزاد) Bay Muzayadah. |
|
Bon
|
|
Bursa ( بورصة ) Tempat untuk menjual beli sekuriti, saham, sukuk dan lain-lain yang dilakukan mengikut peraturan- peraturan yang ditetapkan. |
|
Bursa al-Awraq al-Maliyyah (بورصة الأوراق المالية ) Tempat dilakukan transaksi financial papers. |
|
Cek Lewat Tarikh Cek yang ditulis dengan tarikh hadapan. |
|
Cek Kembara Cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapat mata wang asing. |
|
Cagaran Menyerahkan sesuatu barang untuk dijadikan gadaian apabila membuat pinjaman atau berhutang daripada pemiutang. |
|
Caj Bayaran yang perlu untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. |
|
Cek ( شيك ) Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar atau pengeluar cek) kepada pihak lain (bank atau institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh pembayar atau pengeluar cek. |
|
Cek Berpalang Cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan. |
|
Cek Dalaman Cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama. |
|
Cek Kosong Cek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya. |
|
Cek Luar Kawasan Cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon penjelasan tempatan. |
|
Cek Luput Cek yang sudah lepas tarikh lakunya atau cek yang telah dikeluarkan lebih daripada 6 bulan. |
|
Cek Tempatan Cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang terletak di dalam zon penjelasan tempatan. |
|
Cek Tendang / Cek Lambung Cek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan. |
|
Cek Tunai / Cek Terbuka Cek yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa sahaja yang mengemukakannya kepada bank.
|
|
Ceti Orang yang meminjamkan wang dan mengenakan kadar bunga yang tinggi. |
|
Dalil (دليل)Bukti, hujah, tanda. | |
Daman ( ضمان )Ganti rugi. Kontrak berbentuk jaminan di mana penjamin akan menyatakan sebarang ganti rugi atau kewajipan yang harus dipenuhi oleh pemilik aset tersebut. Konsep ini sesuai dalam situasi di mana jaminan disediakan dalam transaksi yang melibatkan hutang sekiranya penghutang gagal untuk menyelesaikan hutang tersebut. | |
Darar (ضرر)Kemudaratan. | |
Darar al-Fahisy (ضرر الفاهش)Kemudaratan melampaui batas atau kemudaratan keji. Kerosakan yang berlaku pada produk atau bangunan pada tahap kritikal sehingga menyebabkan produk atau bangunan itu tidak boleh digunakan langsung. Contohnya (barangan seperti komputer yang pecah atau dinding yang roboh). | |
Daribah (ضريبة)Cukai. Nilai wang atau harta yang dipungut berdasarkan taksiran yang dikenakan oleh pemerintah untuk perbelanjaan negara. Contohnya cukai jalan, cukai pendapatan individu dan cukai korporat. | |
Darurah (ضرورة)Perihal terpaksa atau terdesak melibatkan keadaan yang genting. Contohnya ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional. | |
Daruriyyat al-Khams (الضروريات الخمس)Lima keperluan asasi. Merupakan sesuatu keperluan yang wajib dan perlu wujud untuk memastikan kemaslahatan agama dan kelangsungan hidup yang sempurna. Lima perkara yang wajib dipelihara di sisi syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. | |
Dayn (دين)Hutang. Segala jenis tanggungan yang ditanggung oleh seseorang berupa harta yang wajib dibayar. Menurut perundangan Islam, ia mencakupi ruang lingkup yang luas iaitu bayaran kepada harga barangan, bayaran kepada qard (hutang), bayaran mahr (mas kahwin) selepas isteri disetubuhi atau sebelumnya; yakni mahr yang belum dibayar selepas akad nikah, bayaran sewa, ganti rugi yang mesti dibayar kerana jenayah (arsy), ganti rugi atas kerosakan yang dilakukan, jumlah wang yang mesti dibayar kerana tebus talak (khuluk) dan bayaran pesanan yang belum sampai (muslam fih). | |
Dha’ wa ta’ajjal (ضع و تعجل)Tindakan pemiutang menggugurkan sebahagian daripada hutangnya apabila penghutang melunaskan baki hutang tersebut lebih awal. | |
Dhawi al- Arham (ذوي الارحام)Waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai. | |
Dinar (دينار)Kepingan atau mata wang emas. | |
Dirham (درهم)Kepingan atau mata wang perak. | |
Faedah Bunga atau riba. Ia adalah tambahan yang dikenakan dalam transaksi pinjaman. | |
Fakir (فقير)Orang yang tidak memiliki harta dan pendapatan. Fakir adalah salah satu daripada asnaf yang layak untuk menerima zakat. | |
Faraid (فرائض)Ilmu pengetahuan atau hukum tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak yang menetapkan bahagian-bahagian tertentu kepada waris-waris. | |
Fardu (فرض)1. Kewajipan; seperti kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan seumpamanya . 2. Hak yang ditetapkan dalam ilmu faraid; seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 2/3 dan 1/6. | |
Fasid (فاسد)Rosak, tidak sah atau batal. | |
Fasiq (فاسق)Orang yang berterusan melakukan dosa. | |
Fiqh (فقه)Ilmu yang berkaitan dengan hukum amali syarak berdasarkan dalil-dalil secara terperinci. Perbahasannya merangkumi, ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, jihad dan kehakiman. | |
Fiqh al-Muâmalat (فقه المعاملات)Satu disiplin ilmu yang membahaskan hukum berkenaan urusan hidup manusia yang berkait dengan kegiatan harian dalam semua bidang, atau kegiatan akad, iltizam, dan tasarruf, yang membawa kesan pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat bersama berdasarkan kerelaan dan kepuasan. | |
Fulus (فلوس)Duit syiling. | |
Fuqaha’ (فقهاء)Pakar-pakar dalam bidang fiqh. | |
Ghasb (غصب)Mengambil sesuatu secara kekerasan. | |
Ghisy (غش)Penipuan atau kecurangan. Perbuatan yang disengajakan untuk menimbulkan kerugian dan penganiayaan pada pihak lain, contohnya perbuatan seseorang yang memalsukan, menyembunyikan atau menghilangkan bukti yang penting. | |
Ghabn (غبن)Penipuan. Perbezaan di antara harga jualan/belian dengan harga sebenar di pasaran. | |
Ghabn al-Fahisy (غبن الفاحش)Penipuan yang melampau. | |
Ghabn al-Yasir (غبن اليسير)Penipuan yang tidak melampau. | |
Ghalat (غلط)Kesilapan dalam membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Mengikut teori akad dalam perundangan Islam, ghalat merupakan salah satu unsur negatif yang boleh mengganggu kesahihan sesuatu akad dan boleh menyebabkan sesuatu akad dianggap tidak sah. | |
Gharar (غرر)Ketidakpastian dalam sesuatu Ãqd atau kontrak. | |
Gharim (غارم)Orang yang berhutang. | |
Ghulul (غلول)Khianat. Perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain. | |
Hajb (حجب)Tegahan atau halangan seseorang waris tertentu yang telah mencukupi sebab-sebab dan syarat-syarat pewarisan daripada mendapat harta pusaka sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, kerana ada waris lain yang lebih berhak terhadap harta pusaka itu. | |
Hajb al-Hirman (حجب الحرمان)Halangan seseorang waris daripada mendapat harta pusaka secara mutlak. Hajb al-Hirman terbahagi kepada dua bahagian: i) hajb al-Hirman al-Muaqqat seperti datuk dihalang oleh bapa daripada mendapat harta pusaka cucunya. ii) hajb al-Hirman al-Muabbad seperti pembunuh tidak akan mewarisi harta orang yang dibunuhnya. | |
Hajb al-Nuqsan (حجب النقصان )Halangan yang boleh mengurangkan bahagian waris daripada mendapat bahagian (saham) yang lebih banyak kepada yang lebih sedikit kerana ada waris lain, seperti bahagian suami boleh berubah dari ½ kepada ¼ kerana ada anak lelaki atau anak perempuan kepada si mati (isteri). | |
Hak milik sempurnaPemilik menguasai penuh fizikal dan manfaat barang yang dimilikinya dan dia bebas menggunakan dan mengurusnya tanpa ada sebarang halangan daripada pihak lain seperti menjual dan menyewa. | |
Hak Milik Tidak SempurnaPemilik hanya menguasai fizikal atau manfaat barang itu sahaja, (pemilik yang menyewakan rumahnya maka dalam kes ini pemilik rumah dianggap pemilik tidak sempurna kerana manfaat rumah itu dimiliki oleh penyewa). | |
Halal (حلال)Sesuatu yang dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. | |
Hamish al-jiddiyah (هامش الجدية)Jumlah bayaran yang dikemukakan oleh pihak pemohon atau pembeli kepada pihak penjual berdasarkan permintaan bayaran daripada pihak penjual yang memastikan kesungguhan pemohon atau pembeli dalam sesuatu urusniaga jual beli. | |
Haqq Mali (حق مالي)Hak berbentuk harta, misalnya haqq dayn (hak hutang) dan haqq tamalluk (hak pemilikan). | |
Haram (حرام)Sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh syarak. | |
HartaLihat Amwal. | |
Harta alihHarta yang boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti mata wang, barang-barangan dan binatang. | |
Harta tak alihLihat Aqar. | |
Hawl (حول)Genap masa satu tahun hijri (untuk membayar zakat). | |
Hibah (هبة)Pemberian sukarela semasa hidup. | |
Hibah al-Ruqba (هبة الرقبى)Suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. | |
Hibah al-˜Umra (هبة العمرى)Suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. Sebaliknya jika pemberi hibah meninggal dunia, harta hibah akan kembali kepada waris pemberi hibah. | |
Hilah (حيلة)Sebarang cara/kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Terdapat hilah yang dibenarkan selain hilah yang diharamkan. | |
Hiwalah (حوالة)Pemindahan hak atau hutang daripada tanggungan kepada tanggungan yang lain (dengan persetujuan semua pihak). | |
Hadiah Pemberian sukarela yang bermotifkan kebajikan atau mengeratkan silaturrahim. | |
Ibra’ (ابراء)Rebat. Potongan daripada sejumlah bayaran yang dikenakan atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran. | |
Ihtikar ( إحتكار )Tindakan memonopoli barangan keperluan umum. | |
Ijab ( إيجاب )Pernyataan pihak pertama dalam sesuatu akad yang menunjukkan kehendaknya untuk berkontrak; tawaran. | |
Ijarah ( إجارة )Kontrak sewa menyewa dan upah. | |
Ijarah al-Mumtahiyah bi al-Tamlik ( اجارة منتهية بالتمليك )Akad sewa yang diakhiri dengan pemilikan barang oleh penyewa. Merupakan gabungan antara kontrak sewa dan kontrak jual beli. | |
Ijarah thumma al-Bay’ ( إجارة ثم البيع )Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak ijarah (sewaan) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak.N KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 35 / Glosari Muamalat kedua iaitu kontrak bay’ (belian) dimenterai. Sebagai contoh, dibawah kemudahan pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan menyewa kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewaan yang telah dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Pada akhir tempoh sewaan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang dipersetujui. |
|
Ijmak ( إجماع )Persepakatan mujtahid di kalangan umat Islam terhadap sesuatu hukum pada sesuatu zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW. | |
Ijtihad ( إجتهاد )Menggunakan keupayaan yang maksimum untuk mendapatkan hukum-hukum syarak yang amali melalui penggunaan sumber- sumber syarak yang diiktiraf oleh orang yang layak (mujtahid). | |
InsuransMerupakan suatu sistem yang berlandaskan perjanjian antara sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju mengikut sistem ini, memikul apa jua beban bencana yang menimpa salah seorang daripada mereka dan berkongsi menyumbangkan wang bagi mengatasi bencana ataupun membayar pampasan kerana ditimpa sesuatu bencana. | |
Iqta’ ( اقطاع )Apa yang diberikan oleh pemerintah dalam bentuk hartanah. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk hak milik atau hak menggunakan manfaat hartanah tersebut. | |
Istihsan ( إستحسان )Salah satu cara menetapkan hukum yang mempunyai dalil atas sesuatu perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syarak yang membolehkan tindakan sedemikian. | |
Istiqra’ (استقراء)Penelitian secara menyeluruh dan mendalam terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan sesuatu kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut. | |
Istishab ( استصحاب )Pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil lain yang boleh mengubah hukum tersebut. | |
Istisnaâ ( إستصناع )Kontrak jual beli dalam bentuk pesanan pembuatan barang tertentu dengan spesifikasi dan syarat tertentu yang telah disepakati antara pemesan atau pembeli dan penjual, pengilang atau pemaju. | |
Istithna’ (استثناء)Pengecualian terhadap sesuatu perkara. | |
Itlaf (اتلاف)Kerosakan, kebinasaan atau kemusnahan. | |
Ittifaq Dhimni ( إتفاق ضمني )Persetujuan tersirat yang wujud sebelum sesuatu kontrak dimeterai. Contohnya Penjual dan pembeli telah membuat persetujuan awal untuk menjual aset dengan harga tertentu dan membeli semula dengan harga tertentu. | |
Iwad ( عواض )Tukaran dalam jual beli atau sebarang kontrak lain. | |
`Illah (علة)Sebab, alasan, asas hukum | |
Jahalah ( جهالة )Ketidaktahuan sifat sesuatu objek dalam sesuatu akad. | |
Jahiliyyah ( جاهلية )Zaman sebelum kedatangan Islam. | |
Ji’alah ( جعالة )Kontrak ganjaran. Kontrak daripada sebelah pihak (unilateral) yang menjanjikan ganjaran kepada pihak yang lain di atas sesuatu perbuatan atau pencapaian. Contoh caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN). | |
Jualan Langsung Jualan dari pintu ke pintu, melalui katalog, pos dan telefon iaitu penjual atau pengedar barangan atau perkhidmatan bersemuka secara terus dengan pembeli tanpa melalui orang tengah. (Rujuk Garis Panduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)). |
|
Judi Segala aktiviti yang melibatkan pertaruhan, iaitu pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya. | |
Juz’i (جزئي)Cabang, komponen, pecahan atau bahagian. | |
Kafalah (كفالة)Jaminan; kontrak jaminan yang diberikan oleh penanggung/penjamin kepada pihak ketiga untuk memenuhi kewajipan pihak kedua atau orang yang ditanggung. | |
Kasad (كساد)Susut nilai | |
Khasm (خصم)Potongan (diskaun) | |
Khiyanah (خيانة)Pembelotan dan penipuan dalam menyatakan kadar sebenar modal yang telah digunakan dalam membeli barangan atau aktiviti-aktiviti lain yang membawa maksud seumpama dengannya | |
Khiyar (خيار)Hak pihak berakad sama ada ingin meneruskan akad atau membatalkannya berdasarkan sebab - sebab yang diharuskan oleh syarak | |
Khiyar al-`Ayb (خيار العيب)Hak untuk membatalkan atau melangsungkan jual beli bagi kedua belah pihak yang berakad apabila terdapat suatu kecacatan pada barang dagangan. Sedangkan kecacatan iti tidak diketahui oleh pemiliknya ketika akad. | |
Khiyar al- Majlis ( خيار المجلس)Hak pilihan ketika dalam majlis, hak menentukan pilihan bagi kedua belah pihak untuk melangsungkan jual beli atau membatalkannya selama mana masih dalam majlis tersebut.Sekiranya berpisah hilanglah hak khiyar majlis itu. | |
Khiyar al-Ru`yah (خيار الرؤية)Hak bagi pembeli untuk menyatakan persetujuan untuk meneruskan atau membatalkan jual beli terhadap barang dagangan yang belum dilihatnya semasa kontrak. | |
Khiyar al-Syart (خيار الشرط)Hak memilih yang ditetapkan oleh salah satu pihak yang berakad atau keduanya untuk meneruskan atau membatalkan jual beli dalam jangka masa yang ditetapkan. | |
Khiyar al-Ta'yin (خيار التعيين)Hak memilih yang diberikan kepada pembeli dalam menentukan barang yang berbeza kualiti dalam urus niaga | |
Khilabah (خلابة)Bentuk tipu daya dengan perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh salah seorang daripada pihak yang berakad dengan tujuan menarik minat pihak yang satu lagi untuk melakukan akad | |
Kontrak Akad | |
Kontrak niaga hadapan Penyerahan sejumlah tertentu aset pada sesuatu tarikh pada masa hadapan mengikut harga yang ditentukan semasa kontrak dibuat. | |
Laba Keuntungan yang diperoleh daripada wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan hasil daripada kenaikan harga | |
Labur Meletakkan (memberikan,menyerahkan) sejumlah wang dalam sesuatu badan perniagaan dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan atau menanam modal. | |
LanggananPelanggan; penjual yang tetap; hubungan jual beli atau urus niaga yang tetap antara seseorang penjual dan pembeli yang selalu membeli daripadanya. | |
LelongPenjualan secara terbuka atau dihadapan khalayak ramai dengan harga beratas-atasan oleh pemebeli-pembelinya dalam tempoh tertentu. | |
Lesen Sijil atau dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran kepada seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu. | |
Liabiliti Tanggungan atau jumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, barang dan perkhidmatan | |
Luqatah (لقطة)Barang yang dijumpai atau barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya |