e-MUAMALAT
PORTAL MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Takaful ialah, suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Ya, Takaful adalah sebahagian daripada institusi kewangan Islam yang menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Islam. Ia adalah sebahagian daripada kerangka Sistem kewangan yang ada seperti perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam.
Terdapat beberapa perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans konvensional adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut. Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta.
Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional adalah seperti jadual berikut:
Bil | Perkara | Takaful | Insurans |
---|---|---|---|
1 | Konsep | Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru' | Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial |
2 | Akad | Wakalah, mudharabah | Jual beli |
3 | Prinsip | Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir' | Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir' |
4 | Operasi | Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) | Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC) |
5 | Keuntungan | Keuntungan akan dikongsi antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah | Mempraktikkan riba (faedah) |
Jadual: Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional
Industri takaful dikawalselia oleh Akta Takaful 1984 yang memberi garis panduan supaya aktiviti takaful selari dengan kehendak Islam.
Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Oleh kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan), maka masyarakat wajib untuk memilih skim takaful yang diiktiraf sebagai patuh syariah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (egensi) yang bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar.
Hukum asal menggunakan produk insurans konvensional adalah haram kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan). Sungguhpun begitu, pengecualian diberikan dalam keadaan ini berdasarkan kepada kaedah fiqh:
الضرورة تبيح المحظورات
Maksudnya: Keperluan mengharuskan sesuatu yang dilarang.
Walaubagaimanapun, pengecualian ini adalah tertakluk sehingga ada syarikat takaful menyediakan perlindungan takaful kepada kenderaan-kenderaan ini. Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada kaedah:
الضرورة تقدر بقدرها
Maksudnya: Keperluan adalah ditentukan oleh setakat mana pentingnya ia.