Paparan Al-Quran

Paparan Al-Quran

Kewajipan Mencari Yang Halal


Kewajipan Mencari Yang Halal

Maksudnya:
Abu Hurairah r.a. berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan ke atas para rasul yang diutuskan. Firman Allah; (wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Firman Allah; (wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu). Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan perihal seorang lelaki yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua tangannya ke langit (memohon doa): “Ya Tuhan ku, Ya Tuhan ku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram ( dan sarapannya haram). Bagaimana (dengan demikian itu) doanya boleh dimakbulkan ( oleh Allah SWT).

Sumber Rujukan:
Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab Qabul al-Sadakah min al-kasb al-tayyib watarbiyatiha, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 2393, Jld. 3, hlm. 83. Al-Turmuzi, Muhammad Bin Isa, Sunnan al-Turmuzi,Bab Surah al-Baqarah, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar Ihya’ al-Thurath al-Arabi, Bayrut, no. hadis; 2989, jld. 5, hlm. 220. Al-Zuhaily, Wahbah, Tafsir al-Munir, Dar al-fikr al-mucasirah, Bayrut, Lubnan, 1411H./ 1991, jld. 18, hlm. 58.

Diterbitkan pada : 25-07-2017
Hits : 6272
Seksyen Kajian Muamalat,
Cawangan Kajian Syariah,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA.
: 03 8870 7000 | : 03 8870 7262
: ukkjakim@islam.gov.my

Hakcipta ©
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kemaskini Terkahir : 10 December 2024

Jumlah Pelawat :
Hari ini: 0
Minggu ini: 0
Bulan ini: 0
Keseluruhan: 0