Paparan Al-Quran

Paparan Al-Quran

Sedekah


sedekah alBaqarah196

Maksudnya :
Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam Yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu Yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. kemudian apabila kamu berada kembali Dalam keadaan aman, maka sesiapa Yang mahu menikmati kemudahan Dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) Ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam Yang mudah didapati. kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari Dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. hukum ini ialah bagi orang Yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjid Al-Haraam (Makkah). dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang Yang melanggar perintahNya).

Surah al-Baqarah 2: 196

Diterbitkan pada : 09-09-2017
Hits : 1682
Seksyen Kajian Muamalat,
Cawangan Kajian Syariah,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA.
: 03 8870 7000 | : 03 8870 7262
: ukkjakim@islam.gov.my

Hakcipta ©
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kemaskini Terkahir : 10 December 2024

Jumlah Pelawat :
Hari ini: 0
Minggu ini: 0
Bulan ini: 0
Keseluruhan: 0