Berita

Berita

DISKUSI ISU-ISU SEMASA MUAMALAT SIRI 3/2024 “WAKAF;SUMBANGAN KECIL,IMPAK BESAR”


Putrajaya – Jumaat 22 November 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 3/2024 bertajuk “Wakaf; Sumbangan Kecil Impak Besar” .Diskusi yang bermula jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberi kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan wakaf  serta  pengurusan wakaf di Malaysia.

Diskusi ini telah dikupas secara terperinci oleh  ahli panel jemputan YBhg. Dr Mohd Firdaus Ab Rahman, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang  Universiti Sains Islam Malaysia dan Puan Azura Azreen binti Yusof,Pengarah Bahagian Wakaf Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji  serta dihoskan oleh YBrs. Ustaz Mohd Salehin bin Sopian, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

Antara isi perbincangan yang dikupas dalam diskusi ini ialah kepentingan memahami konsep dan hukum wakaf daripada konteks Syariah dan undang-undang Malaysia. Panel juga menjelaskan tentang kepentingan wakaf  dalam mengukuhkan sosioekonomi  umat Islam dan negara. Pada akhir perbincangan, panel mengesyorkan perbincangan dan penjelasan berkaitan wakaf  diperluaskan kepada masyarakat supaya ilmu dan pengetahuan berkaitan perkara ini dapat ditingkatkan. Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM / Youtube JAKIM dan twitter.

Diterbitkan pada : 2024-12-04