Laman Hukum

Laman Hukum

Saham Wakaf Dan Wakaf Gantian


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 pada 13 hingga 14 April 1982 di Kuala Lumpur telah membincangkan hukum berkaitan Saham Wakaf Dan Wakaf Gantian (Wakaf Ibdal). Muzakarah memutuskan bahawa: 

  1. Mengadakan saham wakaf yang musytarik dengan syarikat-syarikat perniagaan melalui belian saham, kemudian diwakafkan dengan tujuan memajukan harta wakaf, adalah diharuskan mengikut syarat-syarat wakaf.
  2. Wakaf Gantian (wakaf ibdal) yang bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf, adalah diharuskan mengikut pendapat Imam Abu Hanifah.

Diterbitkan pada : 24-08-2017
Hits : 2820
Seksyen Kajian Muamalat,
Cawangan Kajian Syariah,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA.
: 03 8870 7000 | : 03 8870 7262
: ukkjakim@islam.gov.my

Hakcipta ©
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kemaskini Terkahir : 10 December 2024

Jumlah Pelawat :
Hari ini: 0
Minggu ini: 0
Bulan ini: 0
Keseluruhan: 0