Laman Hukum

Laman Hukum

Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 di Negeri Sembilan telah membincangkan Hukum Menternak dan Menjual Lintah dan Cacing untuk Tujuan Perubatan dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Walaupun uruf menganggap lintah dan cacing sebagai haiwan yang kotor dan najis serta tidak boleh dimakan, tetapi hukum asal dalam Islam menetapkan bahawa lintah dan cacing bukan merupakan haiwan yang dikategorikan sebagai najis.
  2. Penggunaan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan dalam kosmetik adalah harus, dan menternak atau menjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.

Diterbitkan pada : 24-08-2017
Hits : 4451
Seksyen Kajian Muamalat,
Cawangan Kajian Syariah,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA.
: 03 8870 7000 | : 03 8870 7262
: ukkjakim@islam.gov.my

Hakcipta ©
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kemaskini Terkahir : 10 December 2024

Jumlah Pelawat :
Hari ini: 0
Minggu ini: 0
Bulan ini: 0
Keseluruhan: 0