Laman Hukum

Laman Hukum

Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-60 yang bersidang pada 23 Oktober 2003 telah membincangkan Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan dan Banduan Islam di Institusi Penjara. Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu : 

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya darikeperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Diterbitkan pada : 24-08-2017
Hits : 3891
Seksyen Kajian Muamalat,
Cawangan Kajian Syariah,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA.
: 03 8870 7000 | : 03 8870 7262
: ukkjakim@islam.gov.my

Hakcipta ©
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kemaskini Terkahir : 10 December 2024

Jumlah Pelawat :
Hari ini: 0
Minggu ini: 0
Bulan ini: 0
Keseluruhan: 0