Jurnal Muamalat

Jurnal Muamalat

Analisis Terhadap Manfaat Simpanan Wang di Bank


No. Jurnal:  Jurnal Muamalat Bil. 3/2010

Penulis:  SHOFIAN AHMAD DAN HAYATULLAH LALUDDIN 

Abstrak 

Dalam usaha pihak bank menarik sejumlah besar simpanan daripada para penyimpan ke dalamnya, ia telah menawarkan pelbagai faedah dan manfaat yang boleh dinikmati oleh para penyimpan berasaskan simpanan mereka. Bentuk-bentuk manfaat tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu: manfaat secara langsung dan manfaat secara tidak langsung. Contoh manfaat langsung seperti pemberian dividen kepada penyimpan. Manakala contoh manfaat yang tidak langsung seperti kemudahan-kemudahan tertentu yang diterima oleh penyimpan berpunca daripada simpanan mereka. Contohnya tawaran perlindungan insuran percuma bagi penyimpan, kemudahan diskaun dalam pembelian menggunakan kad-kad debit, hadiah-hadiah tahunan, cabutan bertuah dan sebagainya yang berasaskan kepada simpanan mereka di dalam bank. Kajian ini akan memfokuskan terhadap status hukum bagi manfaat secara tidak langsung yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penyimpan. Metod kajian ini berbentuk kajian kepustakaan. Kerangka teori kajian ini bertitik tolak di atas status hukum dan bentuk simpanan wang di bank-bank Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai bentuk manfaat yang diterima oleh para penyimpan di bank-bank Islam sama ada berbentuk langsung dan tidak langsung. Kesemua manfaat tersebut adalah diterima berasaskan simpanan mereka di bank-bank tersebut. 

Abstract 

The banks, in their attempts to attract more customers, offer various forms of benefits and facilities that the customers can enjoy when depositing funds in the banks. These benefit and facilities can take two forms: direct and indirect. Direct benefits are represented by provision of dividend to depositors whereas; the indirect benefits are represented by offering of insurance, sale on discount rate when using the debit card, annual gift and lucky draw. The customers are entitled to such facilities and benefit based on their savings in the bank. This research focusses mainly on the issue of indirect benefits and their status from Shariah perspective. Library research method is used in this research due to the nature of its subject. The hypothesis of the research revolves around the status of the indirect benefits offered by the bank from Shariah perspective and the distinctive feature of such benefits offered by Islamic banking. The finding of the research shows that the benefits, direct or indirect, received by customers in Islamic banking have various features. All these benefits are received through depositing funds in the bank.

Diterbitkan pada : 24-08-2017
Hits : 3888
Seksyen Kajian Muamalat,
Cawangan Kajian Syariah,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA.
: 03 8870 7000 | : 03 8870 7262
: ukkjakim@islam.gov.my

Hakcipta ©
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kemaskini Terkahir : 20 November 2024

Jumlah Pelawat :
Hari ini: 0
Minggu ini: 0
Bulan ini: 0
Keseluruhan: 0