Hari Ini 2

Seminggu 12

Sebulan 84

Jumlah 55852634

Menunaikan Perjanjian, Akad Dan Sumpah

Maksudnya : Patutkah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan Patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. Surah al-Baqarah 2:100

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat “Forex : Halal Atau Haram?”

Putrajaya – 24 Ogos 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat Siri 2/2022 yang memberi fokus kepada isu-isu terkini berkaitan Forex. Diskusi yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi bertujuan untuk memberi maklumat dan kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya umat Islam mengenai isu-isu Syariah yang berkaitan dengan Forex.Isu-isu Syariah ini telah dikupas secara terperinci oleh Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam dan telah dihoskan oleh Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin, yang juga seorang Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam.Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan twitter.

 

Cetak Emel