Hari Ini 2

Seminggu 13

Sebulan 16

Jumlah 55853191

Kekayaan Allah Dan Keperluan Manusia Kepadanya

Maksudnya : Dan bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. ia mengampunkan sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah), Allah...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat “Forex : Halal Atau Haram?”

Putrajaya – 24 Ogos 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat Siri 2/2022 yang memberi fokus kepada isu-isu terkini berkaitan Forex. Diskusi yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi bertujuan untuk memberi maklumat dan kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya umat Islam mengenai isu-isu Syariah yang berkaitan dengan Forex.Isu-isu Syariah ini telah dikupas secara terperinci oleh Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam dan telah dihoskan oleh Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin, yang juga seorang Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam.Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan twitter.

 

Cetak Emel