Hari Ini 0

Seminggu 2

Sebulan 27

Jumlah 55853691

Mencuri

Maksudnya : Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Soalan Lazim : Pelaburan

Adakah penggunaan teknik jual emas, jamin beli balik, dan pemberian hibah dalam pelaburan emas diiktiraf patuh syariah?

Sekiranya terdapat elemen janji antara dua pihak (muwa`adah untuk syarikat membeli balik emas pada masa tertentu, maka ia menyalahi syarak, dan menyamai jual beli emas bertempoh yang dilarang syarak. Namun jika syarikat tidak memberikan apa-apa janji untuk membeli balik emas pada tempoh tertentu, maka dari sudut hukum asalnya ia adalah tidak menyalahi syarak.

Pemberian hibah yang dilakukan secara sukarela dan tidak membawa kepada unsur riba adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemberian hibah akan menjadi riba sekiranya pembelian emas hanya semata-mata hilah bagi menutup pinjaman yang dijamin dipulangkan. Dengan kata lain, sekiranya maksud pembeli ialah menyimpan sejumlah wang dengan syarikat, dan wang tersebut dijamin akan dipulangkan dalam jumlah yang sama, dan mengharapkan faedah dalam bentuk pemberian hibah oleh syarikat, maka dalam kes sebegini, emas adalah semata-mata hilah yang dimasukkan untuk menghalalkan transaksi riba. Kemasukan hillah dalam transaksi jual beli boleh diketahui jika sekiranya kewujudan emas sebagai subjek jual beli adalah tidak dimaksudkan. Sebaliknya yang dimaksudkan ialah penerimaan hibah daripada pelaburan sejumlah wang yang dijamin.

Apakah hukum melabur dalam ASB, ASN dan seumpamanya?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Apakah hukum melabur dalam bank konvensional?

Hukum melabur dalam bank konvensional adalah haram kerana pelaburan tersebut tidak dibangunkan mengikut konsep pelaburan Islam dan turut melabur di dalam sektor-sektor tidak patuh syariah yang melibatkan perjudian, riba dan gharar

Cetak Emel