Hari Ini 1

Seminggu 15

Sebulan 107

Jumlah 55851996

Golongan Mewah

Maksudnya : Maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 02 September 2022, 12:33:52.

Kata-Kata Aluan Ketua Pengarah

السلام عليكم ورحمة الله وبركـاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Perkembangan mutakhir ini memperlihatkan bahawa era pembangunan teknologi maklumat dan internet semakin pesat berkembang. Perkembangan ini haruslah direbut dengan baik untuk kemaslahatan dan manfaat ummah amnya dan umat Islam di Malaysia khasnya. Sememangnya usaha yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Seksyen Kajian Muamalat, Bahagian Penyelidikan mewujudkan portal sendiri adalah amat besar ertinya. Ia menggambarkan kemajuan Islam di Malaysia dalam menghadapi arus kebangkitan teknologi di samping menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memanfaatkan teknologi ini ke arah kebaikan Islam itu sendiri.

Kewujudan portal ini diharapkan dapat menjadi salah satu landasan dalam menyebarkan maklumat yang berguna kepada orang ramai khususnya berhubung dengan muamalat dan kewangan Islam. Selari dengan peranan Jakim, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan melalui Seksyen Muamalat akan terus memainkan peranannya dalam menyebarluaskan maklumat terkini berhubung muamalat dan kewangan Islam. Portal e-muamalat ini menyediakan pelbagai rujukan ilmiah berbentuk kertas-kertas kerja seminar dan persidangan, jurnal muamalat, glosari, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkaitan muamalat dan kewangan, pautan dengan industri-industri berkaitan, garis panduan dan sebagainya untuk faedah bersama.

Saya berharap agar maklumat yang dipaparkan di portal e-Muamalat ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan dan maklumat terkini kepada umat Islam sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai Hab Kewangan Islam Antarabangsa. Tahniah kepada  pihak pentadbiran dan Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat atas usaha murni ini dan kepada pelayar portal ini.

Sekian, Wassalam.

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Cetak Emel