Hari Ini 0

Seminggu 8

Sebulan 2

Jumlah 55852857

Perniagaan: Keharusan

Maksudnya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat siri 1

Webinar Diskusi Isu-Isu Muamalat “Pelaburan Emas : Cakna Hukum & Jana Untung”

Bahagian PenyelidikanJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah berjaya menganjurkan Webinar Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat bertemakan “Pelaburan Emas : Cakna Hukum & Jana Untung” pada 25 April 2022 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Ianya bertujuan untuk berkongsi hasil penyelidikan mengenai isu pelaburan emas dan memberi kefahaman kepada para peserta tentang isu-isu syariah yang berkaitan dalam pelaburan emas.

Terdapat dua (2) slot pembentangan dalam diskusi ini iaitu Slot pertama : “Aplikasi Syariah Dalam Produk Pelaburan Emas” oleh YBrs. Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam manakala Slot kedua pula : “Pelaburan Emas : Praktis Semasa Industri” oleh YBrs. Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.Program ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan disertai oleh 313 orang peserta.

Lihat berita penuh di......https://www.islam.gov.my/ms/berita/3101-webinar-diskusi-isu-isu-muamalat-pelaburan-emas-cakna-hukum-jana-untung

Cetak Emel