Hari Ini 0

Seminggu 14

Sebulan 106

Jumlah 55851995

Membelanjakan Harta

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 02 September 2022, 12:33:52.

Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke- 16

Putrajaya, 23 Jun 2022: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia (MPS) Kali ke-16 pada 23 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Ia merupakan kerjasama strategik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Kesemua agensi kerjasama ini memainkan peranan yang penting sama ada sebagai penguasa (regulator), penyelidik dan penyelaras dalam industri takaful, perbankan dan pasaran modal Islam.Muzakarah ini telah dihadiri oleh hampir 150 orang para penguasa institusi kewangan, pakar-pakar Syariah yang terdiri daripada penasihat-penasihat Syariah, pengamal industri serta penyelidik-penyelidik seperti dari wakil BNM, SC, YAPEIM, PNB, ISRA, ASAS, BURSA Malaysia, Bank-bank dan sebagainya. Turut hadir bersama Ashabus Samahah Mufti-mufti negeri-negeri.

YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyemputnakan majlis perasmian penutup Muzakarah pada jam 4.00 petang. Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan peranan JAKIM selaku agensi penyelaras hal ehwal Islam dalam menyediakan platform perbincangan dan garis panduan kepada masyarakat agar isu-isu berkaitan kewangan dan pelaburan, khususnya pelaburan emas dapat difahami sebaiknya selaras dengan syariah.

Sebanyak tujuh pembentangan telah diadakan antaranya disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain mewakili ASAS, YBrs. En. Mohamad Zakie Abu Hassan dari, Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, BNM, YBrs. Dr. Azrul Azlan Iskandar Mirza, Timbalan Pengarah Syariah, Jabatan Pasaran Modal Islam, SC, YBrs. En. Muhammad Ziyad Izdihar bin Lim, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Dasar, Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBrs. Us. Mohd Bahroddin bin Badri, YBrs. Ustazah Shaira binti Yusof, ISRA Consulting Sdn. Bhd, YBrs. Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Universiti Malaya dan YBrs. Tn Hj Awang @Musran Tawil, Pemangku Ketua Pengarah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).Antara tajuk-tajuk yang telah dibincangkan adalah Pengenalan Produk-produk Pelaburan Emas, Peranan Agensi-agensi dalam Pengawalan Pelaburan Emas, Analisis syarak dan Keperluan Penambaikan Parameter Pelaburan Emas dan Diskusi Parameter Pelaburan Emas.

 

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 1

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 2

 

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 3

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 4

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 5

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 6

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 7

Muzakarah Penasihat Syariah Kali Ke 16 7

Cetak Emel