JURNAL MUAMALAT BIL. 11. 2018
PENGENALAN
JURNAL MUAMALAT
Syukur, alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Jurnal Muamalat Bil.11.2018 1440H dapat disempurnakan dan diterbitkan dengan baik. Semoga Jurnal Muamalat Bil.11.2018 1440H dapat membantu pembaca untuk lebih memahami dunia muamalat melalui penulisan dan kajian yang dibuat oleh para ulama, ahli akademik, pegawai JAKIM dan pengamal industri kewangan Islam untuk menambah khazanah ilmu dalam bidang muamalat. Pelbagai isu semasa telah dikupas dengan sebaik mungkin melalui penulisan yang dihasilkan tambahan ia amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan, sumber ilmu dan maklumat yang berguna untuk semua pihak berkepentingan.
Jurnal ini mengandungi sembilan artikel yang bermanfaat dan sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan masyarakat.Jurnal Muamalat ini juga dapat dijadikan wadah untuk perkongsian maklumat dan memberi penjelasan tentang Islam khususnya berkaitan dengan muamalat, sosio ekonomi dan kewangan islam.
Semoga dengan penerbitan jurnal muamalat ini dapat memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.