Hari Ini 0

Seminggu 2

Sebulan 27

Jumlah 55853691

Sedekah

Maksudnya : (Menolak peminta-peminta sedekah) Dengan perkataan Yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) Yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. dan (ingatlah)...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 363

Jumaat, 05 Julai 2019 11:39

RHB Islamic Bank agih RM4 juta zakat perniagaan

Written by
Rate this item
(1 Vote)

 RHB

RHB Islamic Bank Bhd hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 kepada 14 Pusat Pungutan Zakat di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata jumlah zakat bagi tempoh tersebut meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding RM3.5 juta pada 2017.

"Berdasarkan perkembangan yang terus positif bagi produk-produk Islamik RHB secara keseluruhan termasuk deposit, pinjaman dan perniagaan, kami yakin dapat mencatatkan keuntungan lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas.

"Ini juga kerana meningkatnya kesedaran dalam kalangan pelanggan terhadap produk-produk Islamik yang ditawarkan oleh RHB Islamic Bank," katanya kepada media selepas menyerahkan sumbangan cek zakat tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mujahid berkata menerusi sumbangan zakat daripada pihak korporat seperti RHB itu, kerajaan akan terus berusaha untuk menjadikan penerima zakat sebagai golongan mampu berdikari dan keluar daripada golongan berpendapatan rendah B40.

"Seterusnya, bukan sahaja kita mahu mereka (penerima zakat) menjadi pemberi zakat, malah lahir sebagai usahawan yang berjaya dalam program kelolaan SME Corp, sebagai contoh, yang bermatlamat untuk mewujudkan 50,000 usahawan di seluruh negara.

"Selain itu, pendidikan dan bantuan persekolahan juga akan terus ditekankan kepada mereka, khususnya anak-anak mereka, dengan harapan pendidikan dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan kelak," kata Mujahid.

RHB Islamic Bank kini mempunyai 12 cawangan, namun sebarang urusan berkaitan produk Islamik juga boleh dibuat di 210 cawangan bank RHB di seluruh negara. - Bernama

Read 9162 times Last modified on Selasa, 16 Julai 2019 15:15