Hari Ini 0

Seminggu 2

Sebulan 27

Jumlah 55853691

Sedekah

Maksudnya : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka Yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh Yang baik). dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

Jumaat, 09 September 2016 16:48

Perbankan Islam Perlu Produk Baharu

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sistem perbankan Islam di negara ini perlu berinovasi dengan memperkenalkan produk-produk kewangan baharu yang boleh membantu masyarakat menangani pelbagai isu termasuk projek perumahan terbengkalai. Timbalan Menteri di Ja­ba­tan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki berkata, projek-projek perumahan terbengkalai ternyata mem­-
beri kesan terhadap penggunaan dan isu itu juga telah menjadi fitnah kepada dunia perbankan Islam.

Katanya, ini kerana ramai pihak yang menganggap sistem perbankan Islam tidak mempunyai ihsan kepada pelanggan apabila tiba soal pelanggan ditipu oleh pemaju perumahan. “Di sini perlunya sistem perbankan Islam melakukan inovasi dalam memperkenalkan produk-produk yang lebih dekat dengan semangat dan roh syariah.

“Sebagai contoh, perbankan Islam harus memperkenalkan lebih banyak produk yang bersifat perkongsian di manakan pihak bank dan pelanggan yang terlibat dalam pembiayaan harus bersedia untuk berkongsi untung dan risiko,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri seminar bertajuk Punca dan Penyelesaian Kepada Projek Perumahan Terbengkalai di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. Yang turut hadir Presiden Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS), Prof. Madya Dr. Aznan Hassan dan Presiden Majlis Antarabangsa Pendidik-pendidik Kewangan Islam (Icife), Prof. Dr. Khaliq Ahmad.

Read 5803 times