Hari Ini 0

Seminggu 2

Sebulan 27

Jumlah 55853691

Zakat Dan Sedekah

Maksudnya : Dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

Selasa, 06 September 2016 16:47

Bursa Sekuriti Islam Pertama Di Dunia

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Bursa Malaysia Bhd. memperkenalkan platform baharu iaitu Bursa Malaysia-i merupakan platform bursa sekuriti Islam sepenuhnya yang pertama di dunia. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, Bursa Malaysia-i menawarkan pelabur pilihan untuk melabur dan menjalankan perdagangan dalam produk patuh syariah me­lalui platform patuh syariah.

“Platform ini diharap dapat membuka pasaran baharu yang kami belum terokai dan seterus­nya diharap dapat menarik lebih banyak dana patuh syariah untuk membeli aset Islamik yang kita ada. “Bursa Malaysia kini mempunyai pasaran modal kira-kira RM1.6 trilion dan RM1.1 trilion daripadanya adalah sekuriti patuh syariah, yang mana daripada 902 syarikat tersenarai di bursa, 669 adalah syarikat patuh syariah,” katanya dalam majlis pelancaran Bursa Malaysia-i di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A. Aziz.

Sementara itu, Tajuddin berkata, platfrom tersebut diperkenalkan kerana terdapat permintaan terhadap perkhidmatan itu di samping mahu menjadikan Malaysia yang mempunyai pasaran modal pertama dengan platform patut syariah sepenuhnya. “Platform ini akan menjadi pelengkap kepada platform per­dagangan konvensional sedia ada. Pelabur-pelabur selepas ini boleh memilih untuk berdagang di mana-mana platform yang mereka mahu,” ujarnya.

Bursa Malaysia-i menggabungkan rangkaian perkhidmatan berkaitan bursa patuh syariah sepenuhnya termasuk penyenaraian, dagangan, penjelasan, penyelesaian dan perkhidmatan depositori. Dalam perkembangan lain, Bursa Malaysia berharap paras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dapat mencapai sekurang-kurangnya 1,700 mata menjelang akhir tahun ini. Kata Tajuddin, pengenalan Bursa Malaysia-i sedikit sebanyak akan membantu FBM KLCI mencapai paras tersebut memandang­kan keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

Read 5972 times Last modified on Rabu, 06 September 2017 16:51