Hari Ini 0

Seminggu 8

Sebulan 2

Jumlah 55852857

Memutuskan Janji

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

Khamis, 25 Ogos 2016 16:12

Terokai segmen 
sosial ekonomi Islam

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 25 Aug, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh: Azrul Hakimie Anuer

Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke 3
ABDULLAH AHMAD BADAWI menyerahkan cenderamata kepada Asyraf Wajdi Dusuki selepas menutup Persidangan
Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Malaysia perlu meneroka potensi segmen sosial di dalam sistem ekonomi Islam dalam memperkasakan umat Islam di negara ini. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, negara merupakan peneraju kepada segmen komersial ekonomi Islam yang bersifat menjana keuntungan dengan memperkenalkan per­khidmatan Lembaga Tabung Haji, Bank Islam dan skim Takaful.

Katanya, kejayaan menguasai segmen sosial secara holistik dan komprehensif akan menjadikan Malaysia sebagai pelopor utama ekonomi Islam.

“Malaysia menggunakan ke­rangka kewangan Islam bermula dari tahun 1960-an lagi dan sejak itu, kita menjadi panduan kepada negara-negara dunia yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan.

“Kini, sudah tiba masanya kita meneroka satu lagi segmen yang tidak kurang besar manfaatnya iaitu sosial ekonomi Islam. Segmen yang saya maksudkan adalah wakaf, zakat, sedekah, skim pinjaman dan dana orang awam yang jika dimanfaatkan secara betul mampu memperkasakan umat Islam dari segi ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3, di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi menggesa rakyat terlibat secara langsung dalam penjanaan ekonomi dengan memanfaatkan kemudahan media sosial dalam berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Setiap individu di dalam negara ini boleh terlibat secara langsung dalam penjanaan ekonomi, contoh dalam konteks hari ini dengan memanfaatkan segmen digital ekonomi kerana semua orang ada telefon bimbit dan aktif dalam media sosial,” ujarnya.

Read 3933 times