Hari Ini 0

Seminggu 2

Sebulan 24

Jumlah 55853739

Wasiat

Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya harta ku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta ini selain dari anak ku yang perempuan. Apakah boleh aku wasiatkan kesemua harta ku itu?. Rasulullah menjawab...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

Khamis, 18 Ogos 2016 15:56

Wakaf membangun ekonomi ummah

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 18 Aug, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online

KELUARGA Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy dilaporkan menitiskan airmata melihat sebuah bangunan tinggi tersergam megah di tanah yang beliau wakafkan.

Tanah itu yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur jelas melambangkan ketakwaan pedagang Gujarat itu dalam membuat sumbangan besar untuk kesejahteraan ummah.

Ahmad Dawjee asalnya mewakafkan sebidang tanah seluas 0.48 hektar di Jalan Perak di pusat bandar yang sekitar 80-an terkenal dengan banyaknya kelab malam di situ. Di atas tanah itu kemudiannya dibangunkan Menara Bank Islam setinggi 34 tingkat.

Ketika projek bangunan itu bermula pada sekitar tahun 2007, nilai hartanahnya dianggarkan RM31.9 juta. Nilai itu dijangka melonjak menjadi RM300 juta selepas tempoh 25 tahun sewaannya.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf Ahmad Dawjee dilaporkan bakal menerima RM56.6 juta dalam tempoh itu dan keseluruhan bangunan berkenaan selepas tamat tempoh sewaan.

TANAH WAKAF TERBIAR

Sering kita dengar tanah wakaf tidak dapat dibangunkan dan terbiar hanya kerana pihak yang diamanahkan tidak mempunyai wang untuk membangunkannya. MAIWP sebaliknya berusaha membangunkan tanah wakaf agar tidak terbiar di tengah-tengah ibu kota.

Menurut Ketua Pegawai Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd. Nazri Chik, bangunan Menara Bank Islam itu sebenarnya adalah model pembangunan hasil pelaburan harta wakaf yang sangat berjaya.

MAIWP mengadakan perkongsian pintar dengan Tabung Haji yang membiayai pembinaan bangunan itu di atas tanah berkenaan. Tindakan pelaburan itu bukan sahaja mendatangkan pulangan berkala untuk pendeposit Bank Islam tetapi juga menepati satu daripada misi untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Menara Bank Islam dibina pada 2007 dengan kos kira-kira RM151 juta dan kini disewakan sebagai pejabat kelas A kerana kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Serbagai penyewa utama bangunan itu, Bank Islam Malaysia Berhad bersetuju menjadikan bangunan itu sebagai ibu pejabatnya, sejajar dengan statusnya sebagai perintis perbankan Islam di Malaysia.

Sekali gus perkongsian pintar diwujudkan di antara organisasi Islam MAIWP, Kumpulan Syarikat TH Properties, TH dan Bank Islam bagi memastikan tanah wakaf itu memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

Menara Bank Islam itu kini turut terkenal dalam kalangan warga kota kerana menyediakan surau Jumaat terbesar di tengah-tengah kota.

Surau yang boleh menampung kira-kira 3,500 jemaah itu terletak di ruang bawah tanah dua tingkat bangunan itu, yang dinamakan Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD).

Pembinaan bangunan ini bukti kebolehan agensi Islam negara ini membangunkan tanah wakaf dan menjadikannya pembangunan tanah wakaf komersial yang pertama di Malaysia.

“Ia menjadi ikon wakaf negara dan bangunan ini tidak boleh ditinggalkan untuk disebut bila kita membincangkan tentang pembangunan wakaf, yang terhasil daripada koloborasi atau sinergi tiga entiti,” kata Mohd. Nazri yang memberitahu bangunan itu dibina atas konsep bina-kendali-pindah (BOT) oleh TH dengan modal RM121 juta dan dijadual dipindahkan kepada MAIWP pada 2035.

MAIWP kini mendapat manfaat langsung dengan memiliki tingkat 26 dan 34 menara ini. Tingkat 26 disewakan manakala tingkat 34 dijadikan pejabat korporat serta bilik latihan dan kursus. TH pula akan mendapat kembali kos dan keuntungan dengan adanya pembabitan Bank Islam sebagai penyewa sehingga 2035.

MANFAAT CAMBAHAN WAKAF

Bagusnya projek Menara Bank Islam di atas tanah yang diwakafkan Allahyarham Ahmad Dawjee ini kerana mewujudkan dan mencipta kelas aset yang baharu.

Bermula dengan sebidang tanah kecil, tempat letak kereta, kini terbina bangunan komersial dan apabila MAIWP menerima pemindahan aset itu kelak, mungkin boleh mewakafkannya semula mengikut keluasan lantai. Ini secara langsung menyuburkan aset wakaf itu dengan mewujudkan dana baharu atau membeli sebidang tanah lagi.

Ternyata pengurusan wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee dilakukan pada jalan yang mampu memberi contoh kepada semua pihak kerana Bank Islam sendiri mengembangkan derma ini melalui pewujudan surau wakaf di bangunan itu yang kini melimpah ruah menerima sumbangan jemaah.

Melaluinya pelbagai perkara kebajikan telah dilakukan untuk jemaah dan ummah oleh pihak pengurusan surau pada setiap hari bekerja terutama sepanjang Ramadan lepas. Ramadan diisi dengan pelbagai aktiviti terutama jamuan berbuka puasa dengan kerjasama Bank Islam.

BIMB memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk program kebajikan sepanjang bulan yang mulia itu di beberapa negeri.

Amal Ihtimam Ramadan Bank Islam membawa maksud beramal dengan keprihatinan iaitu memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan menghulurkan zakat kepada asnaf. ‘Amal’ jugalah nama yang dipilih Bank Islam untuk program wakaf tunainya bagi menggalakkan orang ramai melakukan ibadah wakaf.

Terbukti ibadah wakaf yang bermula sejak zaman Rasulullah SAW, berpotensi menjadi sumber pembiayaan projek dan program untuk membangunkan ummah, institusi sosial dan ekonomi. – BERNAMA

Read 7042 times