Hari Ini 0

Seminggu 9

Sebulan 0

Jumlah 55853069

Golongan Mewah

Maksudnya : Maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

Isnin, 06 Jun 2016 11:07

Waspada skim cepat kaya

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Tarikh Disiarkan: 6 Jun, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh: M. Jasni Majed

AGAK mengejutkan apabila baru-baru ini dilaporkan bahawa sejumlah 7,600 orang terpedaya dengan skim cepat kaya Federal Reserve Chicago Bond. Berikutan itu, sejumlah RM90 juta wang mereka lesap ekoran penipuan yang dilakukan oleh skim tersebut.

Skim ini menyasarkan golongan celik komputer kerana diuruskan atas talian. Mangsa dijanjikan sejumlah AS$2 bilion dalam tempoh singkat selepas mereka membuat pelaburan. Mangsa selalu dihubungi dengan baik oleh agen-agen yang dilantik sehingga tidak menyedari bahawa mereka dalam proses ditipu oleh skim tersebut.

Sejak zaman menjadi semakin canggih, pelbagai perkara boleh difikir, dianalisis dan kemudiannya dijadikan kaedah mencari rezeki termasuklah dengan cara mudah, tetapi tidak halal. Dahulu, pengusaha skim cepat kaya perlu menugaskan agen-agennya masuk ke kampung-kampung dan ke serata tempat untuk menarik orang ramai menyertai skim yang ditawarkan oleh mereka.

Pada era 80-an, ramai yang terpengaruh dengan skim Pak Man Telo kerana bertahun-tahun skim itu memberi pulangan yang lumayan kepada pelabur. Bagaimanapun orang ramai tertipu kerana skim itu akhirnya menjerat diri pelabur dan mereka terpaksa menanggung kerugian kerana wang yang dilaburkan mereka tidak dibayar dividen seperti biasa.

Selepas skim itu, pelbagai skim lain dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu dan berjaya menipu sejumlah pelabur kerana penganjur tahu bahawa orang ramai begitu senang dikaburi mata dengan wang ringgit apatah lagi pulangan yang di­janjikan agak lumayan dalam masa yang singkat.

Selain Skim Pak Man Telo yang secara haram mengumpul sebanyak RM99.09 juta wang deposit orang ramai, terdapat banyak lagi skim cepat kaya yang pernah beroperasi di Malaysia.

Skim cepat kaya tidak akan berakhir dengan mudah sekiranya sambutan orang ramai terhadapnya berterusan. Setiap penganjur skim ini sentiasa mencari kaedah dari semasa ke semasa terutamanya untuk meyakinkan orang ramai supaya menyertai skim mereka.

Apabila zaman sudah canggih, kaedah menipu pun jadi canggih. Golongan yang celik komputer pula menjadi sasaran dan penipuan bukan lagi tertumpu kepada orang kampung yang kurang bernasib baik dalam akademik.

Dalam hal ini, orang ramai perlu dididik tentang bahaya skim cepat kaya yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang mahu mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah. Orang ramai mesti berfikir sendiri tentang skim-skim yang terdahulu iaitu yang menipu orang ramai walaupun pada peringkat awalnya mereka memberi dividen yang menarik.

Orang ramai juga mestilah memikirkan dari segi logik tentang tawaran dividen yang diberikan terutama­nya jumlah lumayan yang tidak masuk akal, apatah lagi keuntungan berkali-kali ganda yang diperoleh oleh pelabur dalam masa beberapa bulan sahaja.

Mudah sahaja, fikirkan bahawa bukan senang mendapat wang. Wang mestilah dicari dengan titik peluh dan usaha. Skim cepat kaya tidak ubah seperti mengharap bulan jatuh ke riba. Jika tidak, tentu sudah ramai yang tidak perlu bersusah-payah belajar tinggi-tinggi ke­rana wang mudah dicari asalkan ada modal.

Penipuan-penipuan yang pernah didedahkan oleh media massa mestilah dijadikan iktibar oleh orang ramai supaya pisang tidak berbuah dua kali. Oleh itu, berwaspada terhadap tawaran cara mudah mendapatkan wang.

Penganjur-penganjur skim cepat kaya sangat licik menjalankan kegiatan mereka. Mereka tentunya membuat perancangan teliti sebelum menjerat orang ramai.

Jika setiap hari atau setiap waktu mereka memikirkan kaedah mencari wang dengan jalan mudah, sudah tentu golongan cerdik pandai pun boleh ditipu kerana ilmu yang ada tidak cukup untuk melawan golongan yang pintar menipu.

Kita mesti memahami bahawa dalam zaman serba mencabar dan menagih wang ini, ada orang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memperoleh wang termasuklah dengan cara yang salah.

Read 3628 times