Hari Ini 2

Seminggu 2

Sebulan 24

Jumlah 55853739

Mencuri

Maksudnya : Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Januari 2023, 10:10:17.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 363

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 368

Petikan Akhbar & Majalah

Petikan Akhbar & Majalah (48)

Jumaat, 26 Julai 2019 11:32

Tabung Haji catat pendapatan RM1.3b

tabung haji

Bangunan Menara Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak.Gambar: DJOHAN SHAHRIN SHAH / PIX ONLY

 

KUALA LUMPUR 25 Julai -

Lembaga Tabung Haji mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.3 ­bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2019, dijana terutama daripada pelaburan aset pendapatan tetap (RM663 juta), pelaburan hartanah (RM292 juta) dan instrumen pasaran wang Islam (RM199 juta).

Tabung Haji berkata, untuk tempoh tersebut, keuntungan bersih kumpulan juga telah meningkat kepada RM815 juta hasil langkah berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran.

Katanya, prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi separuh pertama 2019 juga telah dipacu oleh strategi pelaburan yang mapan serta langkah pengurusan kos berhemat.

“Pendapatan Tabung Haji dijangka terus meningkat apabila kumpulan akan menerima manfaat penuh daripada Sukuk Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. yang telah diterbitkan pada 30 Mei lalu.

“Perubahan strategi pelaburan Tabung Haji kepada aset pelaburan yang lebih stabil telah berjaya mengurangkan tekanan daripada keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu akibat ketegangan perang dagangan di peringkat global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Tabung Haji, pada 30 Jun 2019, kedudukan kewangannya kekal kukuh apabila jumlah aset melebihi liabiliti sebanyak RM1.8 bilion, dengan jumlah aset RM74 ­bilion manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion.

Katanya, kepercayaan dan sokongan para pendeposit kepada Tabung Haji juga kekal utuh dengan jumlah deposit yang kekal tinggi pada paras RM71 bilion setakat 30 Jun 2019.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, Tabung Haji telah menjangkakan peningkatan pengeluaran dalam separuh pertama 2019 selepas pengumuman hibah dibuat serta apabila bermulanya musim haji,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi musim haji 1440H/2019M, Tabung Haji berkata, operasi tersebut kini berjalan lancar dengan penerbangan pertama jemaah haji mendarat di Madinah pada 4 Julai.

“Sehingga 24 Julai 2019, sebanyak 42 penerbangan yang membawa lebih 20,000 jemaah haji telah berlepas dan selamat tiba di Tanah Suci. Di Mekah, jemaah Muassasah akan me­nginap di 14 buah hotel yang terletak sekitar 600 hingga 950 meter dari Masjidil ­Haram,” ­katanya

 

artikel penuh boleh dirujuK di alamat: https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/tabung-haji-catat-pendapatan-rm1-3b-1.944265

dana patuh syariah

PASTI ramai yang biasa mendengar mengenai unit amanah yang juga dikenali sebagai unit trust.

Unit amanah ialah salah satu instrumen pelaburan yang sangat popular di Malaysia selain pelaburan saham, hartanah, emas dan macam-macam lagi.

Tetapi sebelum membuat persiapan untuk melabur ke dalam unit amanah, perlu benar-benar mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan unit amanah.

Unit amanah ialah wang daripada ramai pelabur individu yang dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset berlainan dalam kuantiti besar.

Seterusnya pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek serta pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima unit di dalam dana ini yang mana setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.

 

Persediaan

Setelah mengetahui dan faham apa yang dimaksudkan dengan unit amanah, pastikan membuat persiapan terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.

Terdapat lima persediaan yang perlu diberi perhatian iaitu kenal pasti toleransi terhadap risiko; kenal pasti modal pelaburan; bandingkan prestasi dana; kenal pasti adakah pelaburan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti; dan kenal pasti sama ada dana pelaburan unit amanah tersebut patuh syariah.

1. Kenal pasti toleransi terhadap risiko

Secara umum risiko boleh dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pulangan pelaburan atau kerugian.

Bagi mereka yang tidak sanggup untuk berdepan dengan risiko kehilangan modal, bermakna toleransi terhadap risiko adalah rendah. Maka, potensi pulangan juga adalah rendah.

Pelaburan saham pula dikategorikan sebagai risiko tinggi. Menerusi pelaburan saham, pelabur berpotensi untuk mendapatkan pulangan setinggi 30 peratus sehari tetapi perlu juga bersedia untuk berdepan dengan risiko kerugian 30 peratus dalam masa sehari!

Untuk pengetahuan umum, unit amanah sememangnya tergolong dalam kategori pelaburan berisiko sederhana. Namun dalam pelaburan unit amanah itu sendiri ada yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Ia bergantung kepada objektif dana itu berkenaan.

Oleh itu, pastikan memilih dana yang sesuai dengan tahap toleransi terhadap risiko. Pelaburan dalam unit amanah merupakan pelaburan dengan tempoh masa yang panjang.

Tempoh yang disarankan untuk pelaburan unit amanah adalah di antara tiga hingga 20 tahun.

Jika mampu untuk bersabar dan mahu lihat pelaburan dibuat terus berkembang tidak kira keadaan ekonomi bagus atau merudum, maka melabur dengan unit amanah adalah pilihan terbaik.

2. Modal pelaburan

Setelah kenal pasti kesesuaian pelaburan unit amanah yang dipilih, seterusnya ambil tahu pula berapa modal minima yang diperlukan untuk mula melabur. Ada dana yang memerlukan modal serendah RM100 ada yang memerlukan modal RM1,000 dan ada juga yang memerlukan jumlah lebih tinggi.

Seterusnya, ambil tahu juga berapa modal tambahan jika mahu menambah bilangan unit dalam dana unit amanah tersebut.

Ada unit amanah yang membenarkan pelabur menambah pegangan unit dengan modal serendah RM50 ada juga perlu tambah minima RM100.

Pelabur tentukan pilihan kerana ia perlu sesuai untuk pelabur yang ingin melabur secara konsisten pada setiap bulan untuk jangka masa panjang.

3. Bandingkan prestasi dana

Perlu tahu bahawa tujuan melabur ialah untuk mengembangkan duit pelaburan. Jadi sebelum melabur bandingkan juga prestasi dana di antara dana-dana yang berada di dalam kategori sama.

Sebagai contoh, jika mahu melabur di dalam dana ekuiti bandingkan dulu prestasi dana daripada beberapa syarikat yang menawarkan dana ekuiti bagi memastikan kualiti dana dan pengurus dana adalah baik.

Tetapi harus ingat, bahawa prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang. Jika pelabur perlu tukar ke dana yang lain untuk meraih pulangan yang lebih tinggi, maka bertukarlah.

4. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti

Dalam dunia serba moden kini, terlalu banyak pilihan pelaburan yang ada di depan mata. Untuk itu, pelabir harus mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan unit amanah yang hendak dilaburkan itu telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Ini kerana semua produk unit amanah mesti didaftarkan dengan SC, iaitu sebuah badan berautoriti yang mengawal selia semua jenis pelaburan di Malaysia.

Semakan ini perlu kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara, seramai 974,301 individu telah kerugian RM3.8 bilion oleh skim-skim penipuan yang banyak terdapat di Malaysia.

Oleh itu, jika sayangkan duit maka buatlah semakan dengan menghubungi pihak SC di talian 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau layari laman web SC di www.sc.com.my. Pastikan dana yang mahu dilaburkan itu sah terlebih dahulu.

5. Dana pelaburan unit amanah patuh syariah

Sebagai pelabur yang beragama Islam perlu memastikan dana yang mahu dilaburkan itu patuh syariah. Ini bagi memastikan pulangan daripada pelaburan tersebut adalah halal.

Elak daripada melabur ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai unsur-unsur riba, judi atau ketidakpastian. Biar pulangan diterima sedikit asalkan berkat, itu adalah lebih utama daripada mencari keuntungan yang tinggi tetapi melalui jalan yang tidak halal.

*Tips pelaburan & penerangan berkaitan pengurusan kewangan ini dikongsikan oleh PMB Investment Berhad.

 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/37807/BISNES/Persiapan-sebelum-melabur-dalam-unit-amanah© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 RHB

RHB Islamic Bank Bhd hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 kepada 14 Pusat Pungutan Zakat di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata jumlah zakat bagi tempoh tersebut meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding RM3.5 juta pada 2017.

"Berdasarkan perkembangan yang terus positif bagi produk-produk Islamik RHB secara keseluruhan termasuk deposit, pinjaman dan perniagaan, kami yakin dapat mencatatkan keuntungan lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas.

"Ini juga kerana meningkatnya kesedaran dalam kalangan pelanggan terhadap produk-produk Islamik yang ditawarkan oleh RHB Islamic Bank," katanya kepada media selepas menyerahkan sumbangan cek zakat tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mujahid berkata menerusi sumbangan zakat daripada pihak korporat seperti RHB itu, kerajaan akan terus berusaha untuk menjadikan penerima zakat sebagai golongan mampu berdikari dan keluar daripada golongan berpendapatan rendah B40.

"Seterusnya, bukan sahaja kita mahu mereka (penerima zakat) menjadi pemberi zakat, malah lahir sebagai usahawan yang berjaya dalam program kelolaan SME Corp, sebagai contoh, yang bermatlamat untuk mewujudkan 50,000 usahawan di seluruh negara.

"Selain itu, pendidikan dan bantuan persekolahan juga akan terus ditekankan kepada mereka, khususnya anak-anak mereka, dengan harapan pendidikan dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan kelak," kata Mujahid.

RHB Islamic Bank kini mempunyai 12 cawangan, namun sebarang urusan berkaitan produk Islamik juga boleh dibuat di 210 cawangan bank RHB di seluruh negara. - Bernama

Nabila Yasmin Razib

20 Jun 2018 8:15PM

dpim 20180622 1717250530

Pemangku Presiden DPIM Mohammad Sahar Mat Din

 

KUALA LUMPUR 20 Jun - Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mencadangkan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Amirudin Shari untuk mempertimbangkan kaedah Wakaf Korporat bagi diadaptasikan dalam pengurusan ekonomi negeri.

Pemangku Presiden DPIM Mohammad Sahar Mat Din berkata, DPIM kini sedang berusaha memperkenalkan kaedah Wakaf Korporat sebagai Model Ekonomi Baharu yang boleh menyeimbangkan pemilikan harta kekayaan yang lebih adil dan saksama di bawah institusi Wakaf Korporat.

“DPIM bersedia untuk membantu menyalurkan kepakaran kepada kerajaan negeri Selangor dalam merealisasikan agenda Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, DPIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Amirudin di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor adalah bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Malaysia baharu yang mementingkan kepemimpinan yang dinamik, amanah dan berintegriti.

“DPIM juga berharap Selangor akan terus memberi fokus kepada agenda merancakkan ekonomi negeri dengan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya.

Selain itu katanya, DPIM juga berhasrat agar kerajaan baharu ini dapat menarik lebih banyak pelabur asing ke Selangor yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan tempatan. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/dpim-cadang-kerajaan-selangor-pertimbang-wakaf-korporat-1.693509#ixzz5J7BiCMiW © Utusan Melayu (M) Bhd 

 

ulasan palsu

GAMBAR yang dirakam menunjukkan iklan sebuah syarikat untuk merekrut pengulas produk. Agensi

21 Jun 2018 3:00 AM

 

SINGAPURA 20 Jun - Sebagai seorang pemberi ulasan dalam talian, Lynn diyakini untuk menguji dan mengulas tentang sesuatu produk seperti yang terdapat dalam laman sesawang China, Taobao.

Dia mendapat bayaran beberapa ratus dolar bagi setiap ulasan yang positif yang dimuatnaik tetapi dia sendiri sebenarnya tidak pernah mencuba produk berkenaan.

Lynn sebaliknya membuat penilaian produk itu dengan bantuan syarikat terbabit secara palsu.

Lynn (nama samaran) berusia dalam lingkungan 30-an adalah sebahagian daripada ‘tentera’ pemberi ulasan palsu yang dilantik secara rahsia oleh syarikat-syarikat yang merekrut mereka dan menguruskan reputasi perniagaan secara dalam talian.

“Mereka akan menghantar pautan kepada produk berkenaan dan menyuruh saya memberi ulasan yang baik,” katanya yang dilaporkan oleh portal Channel News Asia.

Dia menulis antara tiga sehingga empat ulasan setiap bulan, bahkan dia mengetahui beberapa pemberi palsu yang meraih pendapatan kira-kira S$1,600 (RM4,719) sebulan.

Industri berkenaan kini sema­kin meningkat dan sebuah syarikat yang merekrut pengulas terbabit mendedahkan kepada program Talking Point bahawa mereka mempunyai 80,000 orang dari rantau ini termasuk Singapura yang menerima bayaran daripada syarikat terbabit.

Peningkatan pemberi ulasan palsu itu adalah seiring peningkatan urusan jual beli secara dalam talian.

Laporan Google dan Temasek Holdings pada 2016 menjangkakan pasaran e-dagangan Singapura akan meningkat lebih lima kali ganda kepada AS$5.4 bilion (RM21.6 bilion) dalam tempoh satu dekad dan pembeli mempercayai ‘umpan’ palsu itu.

Salah seorang pemberi ulasan yang direkrut mendakwa pembeli hanya melayari beberapa penjual yang tersenarai paling atas dalam carian mereka.

“Justeru melalui pendekatan ini kami mampu meningkatkan kedudukan dan dilihat oleh pembeli yang membuat carian produk,’’ katanya.

Ketika ditanya perbuatan itu sebagai menipu, dia berkata pendekatan itu adalah ‘strategi pemasaran’.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ulasan-palsu-pelaris-urus-niaga-dalam-talian-1.693628#ixzz5J6x0hXeD © Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 20 Jun 2018 15:15

Sistem zakat ganti GST?

Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

 

BARU-BARU ini Menteri Kewangan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa hutang dan liabiliti yang ditanggung Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM1.087 trilion - satu angka yang cukup besar, menakutkan serta di luar imaginasi kita.

Sejajar dengan itu satu tabung yang dinamakan “Tabung Harapan” dilancarkan agar rakyat boleh sama-sama menyumbang untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan.

Sehingga penulisan ini dihasilkan dana yang berjaya dikumpulkan sudah mencecah RM20 juta.

Untuk negara kita, tabung sebegini merupakan kali kedua diadakan. Kali pertama adalah ketika negara memerlukan dana perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan. Ketika itu, rakyat dengan tanpa mengira kedudukan dan bangsa sama-sama menghulurkan apa yang ada demi misi suci, membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Terimbau penulis pengkisahan orang dahulu yang memberikan emas, permata, perhiasan diri termasuk juga geran tanah sebagai ganti wang ringgit, asalkan dapat menyumbang untuk menjadikan kehidupan generasi mendatang lebih terjamin.

Sekarang tiba pula masa kita untuk berkorban untuk generasi akan datang.

Kalau selama ini kita menjuarai pengumpulan dana untuk Palestin, Syria mahupun Rohingya, sudah tiba masanya kali ini kita menyalurkan dana luar untuk kebaikan negara sendiri pula.

Kepada pengkritik usaha murni ini, sedarkah anda bahawa konsep ini juga pernah diperkenalkan di Korea Selatan?

Ketika nilai matawang Korea Selatan merudum kira-kira 20 tahun yang lalu gara-gara krisis kewangan Asia, kerajaan  negara itu terpaksa meminjam AS$55 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia untuk mengelakkannya jatuh muflis.

Rentetan daripada itu, rakyat Korea Selatan melancarkan ‘kempen menderma emas’ (금모으기 운동 – geummoeugi undong). Emas dipilih disebabkan nilai matawang Korea Selatan ketika itu semakin jatuh.

Dalam masa dua bulan sahaja, 3.5 juta rakyat Korea Selatan berjaya menyumbang sebanyak AS$2.2 bilion. Walaupun dana yang dikumpulkan itu tidak dapat melangsaikan hutang serta-merta, tapi sumbangan rakyat itu sangat membantu. Korea Selatan berjaya menjelaskan kesemua hutangnya dalam masa tidak sampai empat tahun.

Semangat patriotik sebeginilah yang kita dambakan. Adakah mungkin semangat 1955 kembali kita bangkitkan untuk rakyat Malaysia?

Sejajar dengan itu, penulis merasakan satu sistem yang lebih holistik boleh diterapkan ketika kita mengadakan reformasi ekonomi negara adalah sistem zakat yang kita dukung lebih daripada 1500 tahun. Sistem zakat ini wajar dijadikan cagaran ke arah pembaharuan negara.

zakat

 Sistem zakat ini wajar dijadikan cagaran ke arah pembaharuan negara.

Zakat perniagaan boleh sahaja menggantikan kaedah GST dan SST yang sememangnya sudah diketahui mempunyai lompong-lompong yang akan menyebabkan kebajikan rakyat terhakis.

Zakat gaji dan harta juga boleh dikenakan secara menyeluruh ke atas setiap mereka yang mendapat kenikmatan rezeki di Malaysia.

Bagi penulis, jika kefahaman mengenai konsep ini boleh diterapkan dengan jayanya pasti mereka yang bukan beragama Islam pun tidak ragu-ragu menerimanya.

Apa yang perlu diperbetulkan ialah pengurusan zakat yang masih agak terkebelakang berbanding dengan dana yang dimiliki oleh Baitulmal yang mencecah ratusan juta ringgit di setiap negeri.

Satu sistem yang up-to-date perlu diadaptasikan segera manakala kaedah pengagihannya juga perlu dilihat kembali kerana zaman sudah berubah, keperluan juga sudah tidak sama seperti 1500 tahun yang lalu.

Keterbukaan dalam melihat kembali sistem zakat perlu dilaksanakan segera, dalam keadaan negara 'darurat' ketika ini. Jangan ada lagi sikap prejudis terhadap sistem yang sudah terbukti keberkesanannya.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) apatah lagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu segera bangkit daripada lamunan. Segerakan satu blue print untuk kerajaan agar kita sama-sama dapat membina Malaysia yang baharu.

Kita lakukan ini bukan sekadar untuk generasi kini tapi untuk legasi mendatang supaya kehidupan mereka boleh bebas daripada dibelenggu hutang yang melampaui batas.

PENULIS ialah Pengarah Institut Pemikiran Dr. Mahathir (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/malaysia-kita/rencana/sistem-zakat-ganti-gst-1.685878#ixzz5IwlPtgpd © Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 07 Jun 2018 14:28

CIMB Islamic sasar RM10 juta premium

 

KUALA LUMPUR: CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), melancarkan produk takaful terbarunya, Takaful Mulia sekali gus mengunjurkan lebih RM10 juta premium akan dilanggan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Serantau Pengurusan Kekayaan CIMB Bank Berhad, Gary Yong berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai berikutan pada prapelancaran Takaful Mulia, sebanyak RM3 juta premium telah dilanggan.

Katanya, Takaful Mulia adalah penyelesaian takaful terbaru yang dibangunkan eksklusif untuk CIMB Islamic oleh rakan banca takafulnya, Sun Life Malaysia Takaful Bhd.

"Takaful Mulia unik dan menjadi polisi takaful pertama yang direka khas untuk pelanggan Muslim.

"Kami percaya produk seumpama ini akan mendapat permintaan dalam kalangan pelanggan yang mencari perlindungan takaful komprehensif dengan pelbagai manfaat," katanya pada sidang media selepas pelancaran Takaful Mulia di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan CIMB Islamic, Rafe Haneef dan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia, Muhammad Fikri Mohamad Rawi.

Rafe berkata, Takaful Mulia dibangunkan secara ekslusif untuk memberi manfaat perlindungan kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), simpanan, wakaf, zakat, fidyah, umrah dan haji.

Menurutnya, Takaful Mulia juga produk inovatif yang menggabungkan keupayaan dan memenuhi kerohanian pelanggan dalam mencari perancangan kewangan berlandaskan syariah.

Antara manfaat tersedia termasuk 3.0 peratus daripada jumlah sumbangan akan diserahkan kepada badan wakaf, 2.5 peratus bagi pusat zakat serta bayaran RM1,000 sebagai fidyah atau sedekah.

Sementara itu, mengulas mengenai pasaran sukuk negara, Rafe menjangkakan Malaysia akan kekal menjadi pengeluar sukuk utama iaitu kira-kira 50 peratus daripada jumlah sukuk global.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/06/434443/cimb-islamic-sasar-rm10-juta-premium

Khamis, 07 Jun 2018 14:28

GST 0%: Pasaran hartanah meningkat

JOHOR BAHRU 4 Jun – Prospek pasaran hartanah negara dijangka kembali meningkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus berkuat kuasa pada Jumaat lalu.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Khor Chap Jen berkata, langkah terbaharu kerajaan itu dilihat mampu meningkatkan semula sentimen pembeli terutama dalam kalagan golongan muda dan pembeli rumah kali pertama.“Pasaran hartanah sejak tiga tahun kebelakangan ini sedikit mencabar dan perlahan tetapi kita harap ia berubah selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar.“Kita juga melihat trend spekulator hartanah kian menurun jadi pembeli-pembeli yang membeli hartanah pada ketika ini adalah mereka yang benar-benar mahu membeli rumah,” katanya sempena Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) 2018, di sini hari ini.Chap Jen bekata, masih terdapat permintaan rumah bertanah pada purata harga RM500,000 meskipun berhadapan dengan syarat-syarat pinjaman bank yang lebih ketat sejak tiga tahun kebelakangan ini.Namun, pihaknya berharap agar perkara itu akan berubah kerana terdapat banyak permohonan dan rayuan kepada Bank Negara khususnya daripada pembeli-pembeli rumah kali pertama.“Pembeli rumah kali pertama ini kebanyakannya telah mempunyai bebanan lain seperti hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau hutang kenderaan yang menyukarkan mereka membuat pembayaran pendahuluan.“Walau bagaimanapun, kerajaan baru-baru ini telah mene­tapkan pembayar hutang hanya boleh mula membayar setelah bergaji RM4,000 dan kita melihat perkara ini semestinya akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembeli rumah dengan memberikan mereka lebih kuasa membeli,” katanya.Mengulas projek terbaharu, katanya, syarikat itu akan memperkenalkan sebuah projek pembinaan perumahan terbaharu di Bertam, Pulau Pinang yang dinamakan Setia Fontaines pada penghujung tahun ini.Projek berkenaan akan me­rangkumi keluasan tapak pembinaan 677 hektar dan akan menampilkan dua koleksi kediaman yang menawarkan rumah taman jenis teres tunggal dan teres dua tingkat, kluster, rumah berkembar dan banglo.“Projek lain yang terletak di dalam Iskandar Malaysia, di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan kerja-kerja pemba­ngunan berterusan yang telah pun kita lancarkan sebelum ini.“Ini kerana projek-projek perbandaran ini melibatkan kawasan yang besar, jadi pembinaannya dijalankan secara berfasa,” katanya.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/gst-0-pasaran-hartanah-meningkat-1.685453#ixzz5HicyFgIC © Utusan Melayu (M) Bhd 
 

 

SIDC

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CopyCashCoin (CCC) dan pengendalinya ekoran terdapatnya peningkatan dalam aktiviti Tawaran Syiling Permulaan (ICO) baharu yang merujuk kepada mata wang digital.

Sebelum ini media tempatan melaporkan, sebuah yayasan berdaftar di Singapura mendakwa mereka akan melancarkan satu ICO yang dikenali sebagai CCC pada 10 Januari ini. Menurut SC, aktiviti ICO oleh CCC menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang awam termasuk warga emas. “Kami menyedari bahawa pe­ngendali ICO tersebut telah me­ngadakan ceramah dan seminar di bandar-bandar utama di Malaysia termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di pelbagai tempat termasuk kafe dan hotel.

“Memandangkan aktiviti tersebut mungkin termasuk dalam bidang kuasa undang-undang sekuriti, SC akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CCC dan pengendalinya,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini. Bank Negara Malaysia (BNM) pada November lalu mengumumkan sudah melaksanakan kerja asas bagi pembangunan struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital. Mulai 2018, bank pusat itu menetapkan entiti yang menukar mata wang kripto kepada mata wang tunai akan termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut SC, pihaknya terus bekerjasama dengan BNM dan agensi penguatkuasaan lain, termasuk rakan-rakan sekerja asing untuk memantau rapi aktivi­ti-aktiviti sedemikian dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu. Dalam pada itu, SC mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat undang-undang atau profesional jika mereka ragu-ragu mengenai keperluan perundangan dan kawal selia yang berkenaan. Jelasnya, pelabur perlu berhati-hati dengan risiko yang berpotensi dalam ICO dan pengaturan pelaburan yang melibatkan token digital. “Pelabur hendaklah memahami produk tersebut, mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan perniagaan asas serta aset pengendali dan skim, terutamanya apabila tiada maklumat yang tidak mencukupi mengenai syarikat atau struktur perundangannya.

“Para pelabur hendaklah berwaspada dan menyedari tentang meningkatnya risiko terdedah kepada penipuan oleh kerana ICO beroperasi secara dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia,” jelasnya.

Artikel ini dipetik secara langsung daripada Akhbar Utusan Malaysia Online, yang disiarkan pada 6 Januari 2018. http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pelaburan-wang-kripto-meningkat-sc-siasat-copycashcoin-1.585365#ixzz53YRXADck

Rabu, 06 September 2017 16:49

Maqasid Syariah Pencarum KWSP

tukar simpanan konvensional kepada syariah
PENCARUM berbaris panjang untuk mendapatkan nombor giliran bagi menukar simpanan konvensional kepada syariah
di kaunter KWSP cawangan Shah Alam, Selangor pada 8 Ogos lalu. UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

PERTUKARAN mod simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada kaedah konvensional kepada sistem berlandaskan syariah yang bermula pada 8 Ogos lalu adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Di bawah skim pilihan berlandaskan syariah ini, pelabur boleh membuat pilihan untuk mod pelaburan ditukarkan kepada pelaburan berasaskan syariah mulai 1 Januari 2017 melibatkan peruntukan dana sebanyak RM100 bilion iaitu menyumbang 15 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP yang berjumlah RM681.71 bilion itu.

Halaman 1 dari 4