Hukum Zakat Terhadap Firma-Firma Syarikat Konsultan
Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 di Perlis telah membincangkan Hukum Zakat Terhadap Firma-Firma Syarikat Konsultan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Wajib zakat ke atas firma-firma dan syarikat konsultan, jika dimiliki bersama antara orang Islam dengan bukan Islam. Hak orang Islam sahaja yang kena zakat dan tidak ke atas milik bukan Islam.