Hari Ini 1

Seminggu 20

Sebulan 10

Jumlah 55852225

Mengusahakan Harta

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 02 September 2022, 12:33:52.

Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah memutuskan: 

  1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
  2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak.  
  3. Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus. 
  4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. 
  5. Menerima berbagai-bagai-bagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya. 
  6. Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram.
  7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram. Dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang yang tak dituntut. 

 

Cetak Emel