Hari Ini 1

Seminggu 20

Sebulan 10

Jumlah 55852225

Perbuatan-Perbuatan Yang Haram - Memakan Bangkai, Darah, Dan Daging Babi

Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 02 September 2022, 12:33:52.

Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada’ Zakat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) kali ke-76 pada 21-23 November 2006 di Terengganu telah membincangkan Hukum Pengagihan Zakat Secara Persendirian dan Qada’ Zakat. Muzakarah memutuskan:

  1. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam.  Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah atau ulil amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa. Ini kerana dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil amri dalamperkara kebaikan adalah wajib.
  2. Mengenai hukum qada’ zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

 

Cetak Emel