Hari Ini 138

Seminggu 993

Sebulan 3372

Jumlah 12134782

Memutuskan Janji

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 Jun 2018, 15:42:30.

Soalan Lazim : Zakat

Apakah hukum tidak membayar zakat pendapatan bagi negeri yang tidak menfatwakan perkara tersebut?

Zakat pendapatan merupakan perkara yang tidak dinyatakan dengan dalil yang jelas, maka ia bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti di negeri masing-masing. Bagi negeri yang memfatwakan zakat pendapatan adalah tidak wajib, maka tidak menjadi kewajipan kepada penduduk di negeri tersebut untuk mengeluarkannya.

Apakah hukum program usahawan asnaf yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor?

Pemberian modal perniagaan daripada wang zakat kepada asnaf-asnaf adalah harus. Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat merupakan kumpulan usahawan asnaf fakir dan miskin yang dikenal pasti mempunyai kemampuan dan keinginan untuk maju serta berdaya saing. Para usahawan ini diberikan modal oleh pihak institusi zakat dan mereka juga diberi latihan berkaitan sebelum dan semasa menjalankan perniagaan, termasuklah kursus asas keusahawanan, kewangan, pemasaran dan ceramah motivasi.

Apakah hukum zakat pendapatan?

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisabnya.

Cetak Emel