Hari Ini 49

Seminggu 1111

Sebulan 4580

Jumlah 16632

Zakat Dan Sedekah

Maksudnya : Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Isnin 09 April 2018, 14:29:16.

Soalan Lazim : Perniagaan Multi Level Marketing (MLM)

Apakah kriteria untuk mengetahui sesebuah syarikat Perniagaan Multi-level marketing (MLM) patuh syariah atau tidak?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".

Kriteria MLM yang diharuskan adalah selaras dengan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) yang diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011. Kriterianya adalah seperti berikut :

  • Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam.
  • Produk MLM hendaklah selaras dengan syarak.
  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
  • Kontrak jualan langsung secara bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas dan hendaklah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Tempoh bertenang iaitu tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.
  • Yuran keahlian pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat dan bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi.
  • Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak iaitu untuk menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.
  • Akad dalam perniagaan jualan langsung antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas.
  • Aktiviti pemasaran (marketing) hendaklah dilakukan secara patuh syariah, tiada elemen paksaan dan desakan, beradab dan tidak mengelirukan (misleading).

Cetak Emel