Hari Ini 123

Seminggu 123

Sebulan 2900

Jumlah 25218

Meminum Arak Dan Benda-Benda Yang Memabukkan

Maksudnya : Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air Yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 Jun 2018, 15:42:30.
  • Laman Utama
  • Berita & Aktiviti
  • Mesyuarat Penggunaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Bagi Mengawalselia Aktiviti Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Antara YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri KPDNKK

Mesyuarat Penggunaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Bagi Mengawalselia Aktiviti Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Antara YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri KPDNKK

Putrajaya, 23hb. Februari, 2016 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Penggunaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Bagi Mengawalselia Aktiviti Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) antara YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat ini turut dihadiri YBhg. Datuk Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, YB Dato’ Dr. Abd. Malek bin Awang Kechil, Presiden YaPEIM dan YBhg. Dato’ Abibullah bin Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM bersama-sama dengan Pegawai Penasihat Undang-Undang daripada Jakim, KPDNKK dan YaPEIM.

 

Cetak Emel