Hari Ini 47

Seminggu 1109

Sebulan 4578

Jumlah 16630

Fitnah Harta

Maksudnya : Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Isnin 09 April 2018, 14:29:16.

Pengenalan

Isu-isu muamalat dan kewangan Islam memerlukan penyelarasan dan pendekatan yang terancang kerana ia melibatkan hukum syarak, peruntukan undang-undang sedia ada dan isu-isu praktikal dan semasa yang dihadapi oleh industri. Oleh itu perlunya satu forum untuk mencapai kesepakatan sehingga sistem muamalat dan kewangan Islam mempunyai segala persiapan yang diperlukan untuk terus relevan dan berdaya saing.

Menyedari realiti dan keperluan semasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil anisiatif mengadakan Muzakarah Ahli-ahli Penasihat Syariah institut Kewangan di Malaysia (MPS). Muzakarah ini merupakan acara tahunan yang diadakan sekali setahun. Tujuan utama diadakan Muzakarah seumpama ini adalah untuk mencapai matlamat berikut :

  1. Meningkatkan kerjasama dan penyelarasan di peringkat kebangsaan dalam bidang Syariah dan mencapai harmonisasi Syariah dalam sektor kewangan Islam;
  2. Membincangkan tajuk-tajuk terpilih berkaitan isu-isu Syariah yang relevan dalam kewangan Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mencari penyelesaian terhadap isu-isu Syariah tersebut;
  3. Mendapatkan cadangan dan pandangan, strategi-strategi berkesan serta pandangan bernas dan realistik sebagai input dalam usaha JAKIM membantu negara untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Cetak Emel