Hari Ini 407

Seminggu 1625

Sebulan 7543

Jumlah 17794616

Kemudahan Pekerjaan

Maksudnya : (orang-orang Yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh Yang lanjut sebelum ditimpakan Dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya Yang ingkar dan menyangka Bahawa mereka...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.

Khianat

khian alNisaa105 109

Maksudnya :
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat. Dan hendaklah Engkau memohon ampun kepada Allah; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan janganlah Engkau berbahas untuk membela orang-orang Yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata Yang tidak diredhai oleh Allah. dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan. Sedarlah! kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) Dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah Yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? atau siapakah Yang akan menjadi Pelindung mereka (dari azab seksa Yang disediakan oleh Allah)?

Surah al-Nisaa’ 4 : 105-109

Cetak Emel