Hari Ini 6

Seminggu 6

Sebulan 3382

Jumlah 12134792

Pertanian

Maksudnya : Ia juga menumbuhkan bagi kamu Dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari Segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 Jun 2018, 15:42:30.

Kata-Kata Aluan Pengerusi AJK Pemantau

السلام عليكم ورحمة الله وبركـاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Portal e-Muamalat dibangunkan untuk memuatkan perbahasan-perbahasan fiqh muamalat dan kewangan Islam sebagai rujukan berautoriti bagi umat Islam negara ini. Bagi memastikan keberlangsungan portal ini mencapai matlamat dan dapat dipantau serta diurustadbir dengan baik, satu jawatankuasa pemantau portal telah dibentuk agar portal ini sentiasa dikemaskinikan dari segi persembahan dan maklumat. Secara tidak langsung, portal ini juga berperanan sebagai salah satu wahana untuk mendukung aspirasi Kerajaan dalam mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam di persada antarabangsa menerusi penghasilan bahan-bahan penerbitan ilmiah yang berkualiti.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pemantau yang memainkan peranan penting dalam menjadikan portal e-Muamalat sebagai sebuah portal yang berautoriti dan menjadi rujukan kepada semua pihak. Hal ini adalah selaras dengan komitmen Jakim sebagai agensi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan bagi mendukung inisiatif ke arah memartabatkan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa.

Sekian, Wassalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau,
Portal e-Muamalat,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Cetak Emel