Hari Ini 17

Seminggu 2487

Sebulan 11269

Jumlah 17798377

Golongan Mewah

Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.
  • Laman Utama
  • Berita & Aktiviti
  • Mesyuarat Penggunaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Bagi Mengawalselia Aktiviti Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Antara YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri KPDNKK

Mesyuarat Penggunaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Bagi Mengawalselia Aktiviti Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Antara YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri KPDNKK

Putrajaya, 23hb. Februari, 2016 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Penggunaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Bagi Mengawalselia Aktiviti Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) antara YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat ini turut dihadiri YBhg. Datuk Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, YB Dato’ Dr. Abd. Malek bin Awang Kechil, Presiden YaPEIM dan YBhg. Dato’ Abibullah bin Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM bersama-sama dengan Pegawai Penasihat Undang-Undang daripada Jakim, KPDNKK dan YaPEIM.

 

Cetak Emel