Hari Ini 27

Seminggu 27

Sebulan 3564

Jumlah 12158712

Kemudahan Pekerjaan

Maksudnya : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 Jun 2018, 15:42:30.

Kunjung Hormat Jakim ke Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi (SMSE), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1hb. April, 2016.

Delegasi Jakim diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) iaitu YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim. Turut hadir dalam delegasi tersebut YBhg. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan beserta tiga orang pegawai daripada Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi.

Kunjung hormat ini diadakan dengan objektif untuk mendapatkan pandangan serta idea-idea yang bernas daripada YB Senator berhubung dengan hala tuju dan perancangan strategik Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi terutama dalam perkara yang menyentuh bidang Muamalat dan Sosioekonomi dalam masyarakat dan negara.

Menerusi perbincangan yang diadakan, YB Senator antara lain telah melontarkan beberapa idea dan pandangan ke arah memperkasakan fungsi dan peranan Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Lontaran idea yang diberikan oleh YB Senator dilihat mampu menjadi suntikan semangat kepada Seksyen Muamalat dan Sosioekonomi Jakim, untuk meneroka dengan lebih mendalam terutama dalam bidang muamalat dan kewangan Islam selaras dengan pelan strategik Jakim 2015-2019, demi memelihara dan memartabatkan Muamalat dan Ekonomi Islam di Malaysia.

  • Kunjung Hormat Jakim ke Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri_1
  • Kunjung Hormat Jakim ke Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri_2
  • Kunjung Hormat Jakim ke Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri_3

Cetak Emel