Hari Ini 81

Seminggu 5603

Sebulan 3303

Jumlah 55263041

Korban

Maksudnya : Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan Ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Februari 2020, 12:20:52.
Sabtu, 27 Februari 2016 12:05

276,753 Bankrap Sehingga Disember, 2015

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 27 Feb, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh:  Hakimi Ismail

download

PUTRAJAYA 26 Feb. - Sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 276,753 individu diisytiharkan bankrap membabitkan mereka yang berumur seawal 25 hingga 44 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 46,019 individu muflis telah mendapat pelepasan dan pembatalan bankrap melalui mahkamah bagi tempoh yang sama. 

Beliau berkata, antara punca utama yang menyebabkan kes bankrap termasuk gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman perniagaan.

 “Keghairan berbelanja mewah, keinginan untuk memiliki kereta dan rumah di samping mudahnya mendapatkan kad kredit menyebabkan semakin ramai belia yang muflis iaitu seawal usia 25 tahun.

 “Pada usia ini, mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dan berbelanja di luar kemampuan. Oleh sebab itu mereka menanggung beban hutang sehingga muflis,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan sistem e-Insolvensi di sini hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 34,667 syarikat juga telah diisytiharkan bankrap sehingga Disember lalu.

Mengulas mengenai jumlah individu yang bankrap masih tinggi, Nancy berkata, punca utama ialah individu terbabit tidak mengetahui dirinya telah muflis selain takut untuk tampil menyelesaikan masalah tersebut.

“Jangan takut, apabila telah diisytiharkan bankrap kerana anda masih mempunyai peluang kedua, tampil ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan mereka boleh membantu untuk keluar daripada status bankrap,” katanya

Dalam pada itu, mengulas mengenai sistem e-Insolvensi, Nancy berkata, sistem tersebut merupakan portal perkhidmatan yang dibangunkan oleh MdI dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan carian status kebankrapan individu dan penggulunggan syarikat, serta pembayaran dalam talian.

Katanya, melalui portal e-Insolvensi, Nancy berkata sistem pembayaran secara dalam talian yang mula beroperasi Mei tahun lalu, turut memperkenalkan kaedah pembayaran melalui JomPAY dan Interbank Giro bersama 13 buah bank.

“Sehingga Disember tahun lalu, lebih 20,000 pelanggan telah menggunakan kedua-dua medium ini dan Mdl telah menerima bayaran RM567,000. 

“Cara pembayaran ini akan mempercepatkan proses pengemas kini lejar bankrap berbanding dengan secara manual yang memakan masa,” katanya.

Read 445 times Last modified on Sabtu, 26 Ogos 2017 05:14