Hari Ini 75

Seminggu 5597

Sebulan 3297

Jumlah 55263035

Harta Manusia

Maksudnya : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Februari 2020, 12:20:52.
Jumaat, 26 Februari 2016 12:41

SME Capai 88.8 Peratus Pembiayaan Patuh Syariah

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 26 Feb, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online

Mohd. Radzif Mohd. Yunus

Mohd Radzif Mohd Yunus

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Lebih 88.8 peratus portfolio pembiayaan milik SME Bank merupakan portfolio kewangan Islam sehingga Disember lalu, sejak penukaran sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan patuh syariah dibuat pada pertengahan 2015.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, daripada RM5.364 bilion jumlah portfolio bank itu sebanyak RM4.761 bilion atau 88.8 peratus daripadanya merupakan pembiayaan kewangan Islam.

“Pengumuman penukaran sistem perbankan konvensional ke sistem perbankan patuh syariah dibuat pada 18 Jun 2015.

“Pembiayaan kewangan Islam sehingga akhir tahun lalu menguasai 88.8 peratus porfolio pembiayaan bank. Hanya RM603 juta atau 11.2 peratus masih lagi merupakan portfolio pembiayaan konvensional,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini dilaporkan, SME Bank telah mencapai sasarannya untuk menjadi sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) patuh syariah. Pada pertengahan tahun lalu, portfolio kewangan Islam SME Bank mencapai 86.5 peratus bersamaan dengan RM4.31 bilion berbanding sekitar 15 peratus pada peringkat awal penubuhannya pada Oktober 2005.

Mengulas lanjut Mohd. Radzif berkata, di samping mengukuhkan perkhidmatan bank itu menggunakan sistem patuh syariah SME Bank juga mahu memastikan produk-produknya menjadi landasan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk lebih mudah mendapatkan sumber pembiayaan.

“Kami mahu membantu PKS yang kurang dibantu dan tidak dibantu oleh bank-bank komersial lain, tetapi mempunyai peluang untuk berkembang. Selain memberi bantuan pembiayaan, golongan ini juga dibantu untuk meningkatkan kapasiti dan pengetahuan mereka.

“Objektifnya memastikan mereka dapat meningkatkan produktiviti dan seterusnya menjadikan perniagaan tersebut berdaya saing dan mampu bertahan,” katanya.

Beliau juga berkata, SME Bank mempunyai fokus untuk mempromosikan bidang e-Dagang di negara ini.

“Kami mahu mempromosi perniagaan secara atas talian dan seterusnya mempertingkatkan perkembangan perniagaan e-Dagang. Bagi menyokong usaha ini, SME Bank telah menyediakan The S.I.G.H.T. (SME ICT Groom Big Hub For Technopreneur) yang disediakan khusus untuk usahawan-usahawan atas talian,” katanya.

* Artikel ini dipetik secara langsung daripada akhbar Utusan Malaysia Online yang disiarkan pada 26hb. Februari, 2016

Read 439 times