Hari Ini 416

Seminggu 1634

Sebulan 7552

Jumlah 17794661

Harta

Maksudnya : Dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar. Surah al-Anfal 8 : 28

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.
Jumaat, 26 Julai 2019 11:32

Tabung Haji catat pendapatan RM1.3b

Written by
Rate this item
(0 votes)

tabung haji

Bangunan Menara Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak.Gambar: DJOHAN SHAHRIN SHAH / PIX ONLY

 

KUALA LUMPUR 25 Julai -

Lembaga Tabung Haji mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.3 ­bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2019, dijana terutama daripada pelaburan aset pendapatan tetap (RM663 juta), pelaburan hartanah (RM292 juta) dan instrumen pasaran wang Islam (RM199 juta).

Tabung Haji berkata, untuk tempoh tersebut, keuntungan bersih kumpulan juga telah meningkat kepada RM815 juta hasil langkah berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran.

Katanya, prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi separuh pertama 2019 juga telah dipacu oleh strategi pelaburan yang mapan serta langkah pengurusan kos berhemat.

“Pendapatan Tabung Haji dijangka terus meningkat apabila kumpulan akan menerima manfaat penuh daripada Sukuk Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. yang telah diterbitkan pada 30 Mei lalu.

“Perubahan strategi pelaburan Tabung Haji kepada aset pelaburan yang lebih stabil telah berjaya mengurangkan tekanan daripada keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu akibat ketegangan perang dagangan di peringkat global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Tabung Haji, pada 30 Jun 2019, kedudukan kewangannya kekal kukuh apabila jumlah aset melebihi liabiliti sebanyak RM1.8 bilion, dengan jumlah aset RM74 ­bilion manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion.

Katanya, kepercayaan dan sokongan para pendeposit kepada Tabung Haji juga kekal utuh dengan jumlah deposit yang kekal tinggi pada paras RM71 bilion setakat 30 Jun 2019.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, Tabung Haji telah menjangkakan peningkatan pengeluaran dalam separuh pertama 2019 selepas pengumuman hibah dibuat serta apabila bermulanya musim haji,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi musim haji 1440H/2019M, Tabung Haji berkata, operasi tersebut kini berjalan lancar dengan penerbangan pertama jemaah haji mendarat di Madinah pada 4 Julai.

“Sehingga 24 Julai 2019, sebanyak 42 penerbangan yang membawa lebih 20,000 jemaah haji telah berlepas dan selamat tiba di Tanah Suci. Di Mekah, jemaah Muassasah akan me­nginap di 14 buah hotel yang terletak sekitar 600 hingga 950 meter dari Masjidil ­Haram,” ­katanya

 

artikel penuh boleh dirujuK di alamat: https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/tabung-haji-catat-pendapatan-rm1-3b-1.944265

Read 27 times Last modified on Isnin, 29 Julai 2019 16:36