Hari Ini 74

Seminggu 74

Sebulan 10186

Jumlah 17797861

Hasad Dengki

Maksudnya : Atau Patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) Yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? kerana...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.
Jumaat, 22 Jun 2018 08:51

Ulasan palsu 'pelaris' urus niaga dalam talian

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

ulasan palsu

GAMBAR yang dirakam menunjukkan iklan sebuah syarikat untuk merekrut pengulas produk. Agensi

21 Jun 2018 3:00 AM

 

SINGAPURA 20 Jun - Sebagai seorang pemberi ulasan dalam talian, Lynn diyakini untuk menguji dan mengulas tentang sesuatu produk seperti yang terdapat dalam laman sesawang China, Taobao.

Dia mendapat bayaran beberapa ratus dolar bagi setiap ulasan yang positif yang dimuatnaik tetapi dia sendiri sebenarnya tidak pernah mencuba produk berkenaan.

Lynn sebaliknya membuat penilaian produk itu dengan bantuan syarikat terbabit secara palsu.

Lynn (nama samaran) berusia dalam lingkungan 30-an adalah sebahagian daripada ‘tentera’ pemberi ulasan palsu yang dilantik secara rahsia oleh syarikat-syarikat yang merekrut mereka dan menguruskan reputasi perniagaan secara dalam talian.

“Mereka akan menghantar pautan kepada produk berkenaan dan menyuruh saya memberi ulasan yang baik,” katanya yang dilaporkan oleh portal Channel News Asia.

Dia menulis antara tiga sehingga empat ulasan setiap bulan, bahkan dia mengetahui beberapa pemberi palsu yang meraih pendapatan kira-kira S$1,600 (RM4,719) sebulan.

Industri berkenaan kini sema­kin meningkat dan sebuah syarikat yang merekrut pengulas terbabit mendedahkan kepada program Talking Point bahawa mereka mempunyai 80,000 orang dari rantau ini termasuk Singapura yang menerima bayaran daripada syarikat terbabit.

Peningkatan pemberi ulasan palsu itu adalah seiring peningkatan urusan jual beli secara dalam talian.

Laporan Google dan Temasek Holdings pada 2016 menjangkakan pasaran e-dagangan Singapura akan meningkat lebih lima kali ganda kepada AS$5.4 bilion (RM21.6 bilion) dalam tempoh satu dekad dan pembeli mempercayai ‘umpan’ palsu itu.

Salah seorang pemberi ulasan yang direkrut mendakwa pembeli hanya melayari beberapa penjual yang tersenarai paling atas dalam carian mereka.

“Justeru melalui pendekatan ini kami mampu meningkatkan kedudukan dan dilihat oleh pembeli yang membuat carian produk,’’ katanya.

Ketika ditanya perbuatan itu sebagai menipu, dia berkata pendekatan itu adalah ‘strategi pemasaran’.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ulasan-palsu-pelaris-urus-niaga-dalam-talian-1.693628#ixzz5J6x0hXeD © Utusan Melayu (M) Bhd 

Read 537 times Last modified on Jumaat, 22 Jun 2018 09:03