Hari Ini 8

Seminggu 8

Sebulan 3384

Jumlah 12134794

Harta Manusia

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 Jun 2018, 15:42:30.
Khamis, 05 April 2018 11:30

Pelaburan wang kripto meningkat, SC siasat CopyCashCoin

Written by
Rate this item
(0 votes)
 

 

SIDC

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CopyCashCoin (CCC) dan pengendalinya ekoran terdapatnya peningkatan dalam aktiviti Tawaran Syiling Permulaan (ICO) baharu yang merujuk kepada mata wang digital.

Sebelum ini media tempatan melaporkan, sebuah yayasan berdaftar di Singapura mendakwa mereka akan melancarkan satu ICO yang dikenali sebagai CCC pada 10 Januari ini. Menurut SC, aktiviti ICO oleh CCC menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang awam termasuk warga emas. “Kami menyedari bahawa pe­ngendali ICO tersebut telah me­ngadakan ceramah dan seminar di bandar-bandar utama di Malaysia termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di pelbagai tempat termasuk kafe dan hotel.

“Memandangkan aktiviti tersebut mungkin termasuk dalam bidang kuasa undang-undang sekuriti, SC akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CCC dan pengendalinya,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini. Bank Negara Malaysia (BNM) pada November lalu mengumumkan sudah melaksanakan kerja asas bagi pembangunan struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital. Mulai 2018, bank pusat itu menetapkan entiti yang menukar mata wang kripto kepada mata wang tunai akan termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut SC, pihaknya terus bekerjasama dengan BNM dan agensi penguatkuasaan lain, termasuk rakan-rakan sekerja asing untuk memantau rapi aktivi­ti-aktiviti sedemikian dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu. Dalam pada itu, SC mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat undang-undang atau profesional jika mereka ragu-ragu mengenai keperluan perundangan dan kawal selia yang berkenaan. Jelasnya, pelabur perlu berhati-hati dengan risiko yang berpotensi dalam ICO dan pengaturan pelaburan yang melibatkan token digital. “Pelabur hendaklah memahami produk tersebut, mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan perniagaan asas serta aset pengendali dan skim, terutamanya apabila tiada maklumat yang tidak mencukupi mengenai syarikat atau struktur perundangannya.

“Para pelabur hendaklah berwaspada dan menyedari tentang meningkatnya risiko terdedah kepada penipuan oleh kerana ICO beroperasi secara dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia,” jelasnya.

Artikel ini dipetik secara langsung daripada Akhbar Utusan Malaysia Online, yang disiarkan pada 6 Januari 2018. http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pelaburan-wang-kripto-meningkat-sc-siasat-copycashcoin-1.585365#ixzz53YRXADck

Read 182 times