Hari Ini 77

Seminggu 77

Sebulan 10189

Jumlah 17797864

Membazir

Maksudnya : Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.
Jumaat, 09 September 2016 16:48

Perbankan Islam Perlu Produk Baharu

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sistem perbankan Islam di negara ini perlu berinovasi dengan memperkenalkan produk-produk kewangan baharu yang boleh membantu masyarakat menangani pelbagai isu termasuk projek perumahan terbengkalai. Timbalan Menteri di Ja­ba­tan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki berkata, projek-projek perumahan terbengkalai ternyata mem­-
beri kesan terhadap penggunaan dan isu itu juga telah menjadi fitnah kepada dunia perbankan Islam.

Katanya, ini kerana ramai pihak yang menganggap sistem perbankan Islam tidak mempunyai ihsan kepada pelanggan apabila tiba soal pelanggan ditipu oleh pemaju perumahan. “Di sini perlunya sistem perbankan Islam melakukan inovasi dalam memperkenalkan produk-produk yang lebih dekat dengan semangat dan roh syariah.

“Sebagai contoh, perbankan Islam harus memperkenalkan lebih banyak produk yang bersifat perkongsian di manakan pihak bank dan pelanggan yang terlibat dalam pembiayaan harus bersedia untuk berkongsi untung dan risiko,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri seminar bertajuk Punca dan Penyelesaian Kepada Projek Perumahan Terbengkalai di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. Yang turut hadir Presiden Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS), Prof. Madya Dr. Aznan Hassan dan Presiden Majlis Antarabangsa Pendidik-pendidik Kewangan Islam (Icife), Prof. Dr. Khaliq Ahmad.

Read 770 times