Hari Ini 1

Seminggu 1

Sebulan 3377

Jumlah 12134787

Riba

Maksudnya : Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 Jun 2018, 15:42:30.
Rabu, 10 Ogos 2016 16:19

Wakaf jana ekonomi ummah

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 10 Aug, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online

AMALAN wakaf adalah sunnah yang sangat dituntut dalam Islam, dan institusi wakaf di­wujudkan pada zaman Rasulullah SAW bagi menjana pembangunan dan keperluan sosioekonomi umat Islam pada ketika itu.

Wakaf membolehkan seseorang berkongsi harta kekayaan dengan orang lain dalam membantu mencapai pembangunan ekonomi sesebuah negara. Pewakaf misalnya boleh mewasiatkan sebahagian daripada hartanya untuk dibelanjakan kepada hal-hal kebajikan mencakupi bidang agama, ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Kepentingan wakaf semakin meningkat. Kini pelbagai bentuk produk atau projek berasaskan wakaf banyak diperkenalkan oleh pengurusan dan pentadbiran wakaf yang di­letakkan di bawah Majlis Agama Islam dengan setiap negeri mempunyai unit penyelarasan khas wakaf. Unit itu bertanggungjawab mengurus, membangun, menyelenggara serta melabur harta wakaf supaya berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam. Kini terdapat pelbagai kaedah untuk membayar wakaf dan seseorang boleh memilih untuk membayar sesuatu projek wakaf yang sedang dibangunkan.

Pada masa ini banyak tanah wakaf dibangunkan untuk pembinaan ruang-ruang niaga, pusat dialisis, sekolah, rumah anak yatim, masjid, hotel dan sebagainya untuk dimanfaatkan oleh umat Islam.

Malah kaedah mudah dan efisien wakaf seperti Skim Wakaf Tunai juga diperkenalkan untuk mengumpul dana bagi pembangunan prasarana dan kemudahan untuk manfaat umat Islam, malah seseorang boleh berwakaf menerusi potongan gaji atau perbankan internet.

Kesimpulannya, Islam meletakkan amalan wakaf itu pada kedudukan tinggi kerana harta yang dibelanjakan memberi kesan terbaik kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Sememangnya Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala berkekalan kepada pewakaf. Justeru marilah kita bersama-sama mengimarahkan amalan wakaf demi mengangkat martabat Islam.

MOHD. YAKOP IKRAM
Ipoh, Perak

Read 276 times