Hari Ini 122

Seminggu 2244

Sebulan 7703

Jumlah 12976913

Harta Manusia

Maksudnya : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Rabu 13 Februari 2019, 10:14:05.

Amaran

JFolder::create: Tidak dapat mencipta direktoriPath: /var/www/html/emuamalat/cache/widgetkit

Sabtu, 21 Mei 2016 10:49

Jakim serah kepada JAIN, pihak berkuasa siasat pasangan mengaku murtad

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 21 May, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online

Facebook Sharifah Farlearton

Tangkapan skrin laman Facebook Sharifah Farlearton  

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kes sepasang suami isteri yang didakwa mengaku murtad dan menghina Islam di Facebook perlu disiasat oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan pihak berkuasa sebelum sebarang tindakan boleh diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).gan mengaku murtad 

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, jabatan itu akan mencari jalan penyelesaian selain mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan itu setelah mendapat laporan daripada JAIN dan pihak berkuasa berkenaan. ketua pengarah jakim

"Kita kena cari jalan yang terbaik untuk bawa (mereka) ke pangkal jalan. Sudah pasti kita akan mencari caranya. Ada banyak, saya lihat, tawaran yang diberi kepada pasangan itu untuk adakan perbincangan mengenai tindakan mereka.

"Jadi, kita harus mendekati mereka untuk mengetahui masalah...kita kena layan dengan baik, kita tidak tahu apa punca dan bagaimana pasangan itu terguris," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Karnival Muslimah dan Pengurniaan Sumbangan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Othman diminta mengulas laporan media pada Khamis bahawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah membuat laporan polis bagi menyiasat kenyataan pasangan itu, Sharifah Farlearton dan suaminya, yang didakwa murtad dan menghina Islam di Facebook.

Pasangan yang mempunyai lima anak itu dipercayai menetap di Melbourne, Australia dan mendakwa meninggalkan agama Islam hampir setahun lepas.

Dalam temu bual bersama sebuah akhbar tempatan (Berita Harian), Sharifah Farlearton mendakwa berubah hati terhadap agama Islam kerana tidak berpuas hati dan kecewa terhadap beberapa perkara. - BERNAMA

Read 404 times Last modified on Rabu, 06 September 2017 11:06