Hari Ini 185

Seminggu 2451

Sebulan 9402

Jumlah 17798320

Wasiat

Maksudnya : Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.
Rabu, 13 April 2016 11:57

Cadangan Majlis Perundingan Islam diperinci – Ahmad Zahid

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 13 Apr, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 12 April – Kerajaan hari ini menerima beberapa cadangan dari Majlis Perundingan Islam merangkumi tujuh kluster terma­suk ekonomi, sosial, politik dan perundangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan-cadangan tersebut te­lah dikemukakan untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan dan agensi berkaitan.

Katanya, cadangan-cadangan tersebut juga akan diperincikan terlebih dahulu oleh majlis berkenaan sebelum diketengahkan dalam ijtimak atau pertemuan besar-besaran melibatkan ketujuh-tujuh kluster yang akan dianjurkan kelak.

 “Antaranya, kluster ekonomi memberi tumpuan kepada hal ehwal wakaf korporat dan juga beberapa aspek lain termasuk sistem halal global.

 “Kluster pendidikan meng­utarakan beberapa pemikiran dan perdebatan baharu dalam pendidikan Islam yang tidak terhad kepada pendidikan formal secara konvensional tetapi juga pendidikan kerohanian,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Lab Panel Majlis Perundingan Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

 Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

 Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kluster perundangan Islam pula berpendapat, falsafah perundangan Islam seharusnya diwujudkan sebagai keselarian kepada sistem perundangan sedia ada.

 Kata beliau, kluster tersebut juga menyarankan agar peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diperkukuhkan de­ngan adanya beberapa tokoh sesuai dalam kepimpinan Suhakam.

 “Mereka turut menyarankan agar seminar falsafah perundang­an Islam diadakan pada bulan Oktober kelak,” katanya.

 Beliau memberitahu, kluster politik menyarankan kebersamaan antara parti politik pelbagai latar belakang dalam mengadakan satu acuan bersama dan mengetepikan perbezaan pegangan politik demi agama Islam.

Read 577 times