Hari Ini 79

Seminggu 4360

Sebulan 18926

Jumlah 55656900

Pertanian

Maksudnya : Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi Yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Februari 2020, 12:20:52.

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 367

Rabu, 13 April 2016 11:44

KWSP mahu tukar 1.5j pencarum konvensional

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 13 Apr, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh: Fadzil Zainol dan Nur Hanani Azman

kwsp tukar pencarum konvensional

Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR 12 April – Kum­pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu menukarkan 1.3 juta sehingga 1.5 juta ahli konvensionalnya kepada pelaburan berkonsepkan patuh syariah dalam tempoh setahun selepas pelaksanaannya pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, saiz awal dana itu dijangkakan bernilai di antara RM80 bilion dan RM100 bilion.

Katanya, permintaan yang tinggi terhadap dana berkenaan terbukti menerusi sesi rundingan awam yang telah dijalankan pada 2015, seramai 71 peratus ahli atau responden bersetuju untuk pelaksanaan skim simpanan persaraan yang mematuhi syariah.

Ujar beliau, akaun tersebut terbuka kepada semua pencarum sama ada beragama Islam mahupun bukan Islam.

“Dana ini akan diuruskan berdasarkan prinsip wakalah yang mana Lembaga KWSP dilantik dan diamanahkan untuk menguruskan serta melabur simpanan bagi pihak ahli.

“Dividen yang diisytiharkan bagi dana ini adalah berdasarkan prestasi pelaburan dengan tiada jaminan kadar dividen tidak kurang 2.5 peratus seperti yang diamalkan dalam dana semasa,” katanya dalam sesi taklimat bertajuk Mengapa Syariah? sempena Persidangan Invest Malaysia 2016 di sini hari ini.

Pada April tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dana patuh syariah oleh KWSP yang bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam hab kewangan Islam.

KWSP kemudiannya mengambil khidmat perunding untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan dana pencen sokongan negara pertama yang dikhususkan sepenuhnya kepada pelaburan patuh syariah.

Sehingga September 2015, KWSP mempunyai seramai 14.45 juta ahli, yang mana 6.74 juta merupakan ahli aktif dan masih mencarum serta bilangan majikan aktif adalah 537,123.

Read 745 times Last modified on Sabtu, 26 Ogos 2017 11:56