Hari Ini 49

Seminggu 1111

Sebulan 4580

Jumlah 16632

Amalan Kekal Selepas Kematian

Maksudnya: Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Isnin 09 April 2018, 14:29:16.
Jumaat, 25 Mac 2016 12:30

Produk pajak gadai Islam dapat sambutan

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan: 25 Mar, 2016
Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh: Safina Ramli

produk pajak gadai Islam dapat sambutan

Jamil Salleh (tiga kanan) menyampaikan Anugerah Emas kepada Ketua Unit Ar-Rahnu X'Change Kemamam, Terengganu, Abdul Razak Kassim (empat kanan) dalam Majlis Anugerah Ar-Rahnu X'Change 2015 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) dan Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak (tiga kiri). UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 24 Mac - Permintaan bagi produk pajak gadai Islam seperti yang dipelopori oleh Bank Rakyat melalui perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change terus mendapat sambutan yang menggalakkan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana sepanjang tahun 2015, Ar-Rahnu Bank Rakyat (termasuk Ar-Rahnu X’Change) telah mencatat baki pinjaman sebanyak RM1.9 bilion atau 38 peratus daripada jumlah syer pasaran yang dianggarkan sebanyak 5 bilion.

“Senario ini menggambarkan permintaan bagi produk pajak gadai Islam ini adalah konsisten.

“Justeru koperasi perlu me­ngam­bil peluang terhadap potensi perniagaan ini kerana koperasi akan menikmati banyak manfaat dan kelebihan seperti latihan dan bimbingan termasuk kos pakej francais yang rendah berbanding prospek keuntungan yang tinggi,” katanya ketika berucap dalam majlis anugerah Ar-Rahnu X’Change 2015 dan pelancaran produk RMS Gold Wafer di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh. Yang turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Menurut Hamzah, kementeriannya menerusi bahagian pembangunan francais akan terus menyokong aktiviti perniagaan francais seperti Ar-Rahnu Exchange.

“Saya percaya Ar-Rahnu Exchange akan turut memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran sumbangan sektor perniagaan koperasi sebanyak 10 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020,”jelasnya.

Tambahnya, industri pajak gadai Islam itu juga perlu dipantau oleh badan yang berkenaan supaya tidak diambil kesempatan atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, dalam majlis hari ini, turut diadakan acara pelancaran rasmi RMS Gold Wafer, produk terbaharu Rakyat Management Services Sdn. Bhd. di bawah segmen perniagaan RMS Gold.

“Produk ini mempunyai ciri-ciri yang memenuhi trend pelaburan emas masa kini. Di samping menawarkan harga yang kompetitif dan patuh syariah produk ini juga merupakan tawaran lengkap untuk memenuhi keperluan pelanggan,” jelasnya.

Read 212 times Last modified on Sabtu, 26 Ogos 2017 07:36