Hari Ini 186

Seminggu 2452

Sebulan 9403

Jumlah 17798321

Mencuri

Maksudnya : Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.
Jumaat, 08 Januari 2016 00:20

Agih zakat bukan ikut sesuka hati

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tarikh Disiarkan:  8 Jan, 2016
Sumber:  Utusan Malaysia Online
Oleh: Mohd Radzi Mohd Zain 

APABILA sesi persekolahan dibuka pada 3 dan 4 Januari lalu, ramai ibu bapa yang mengeluh kerana perlu membayar pelbagai jenis yuran sama ada di sekolah kebangsaan atau pun di sekolah agama. Itu tidak termasuk persediaan kelengkapan persekolahan yang dibeli pada cuti sekolah yang lalu.

Memang diakui jumlahnya agak besar. Manakan tidak, paling kurang kasut sekolah dua pasang seorang, uniform sekolah (dua pasang), baju Melayu untuk sekolah agama (dua pasang), beg sekolah dan alat tulis.

Purata perbelanjaan untuk seorang anak di sekolah rendah adalah antara RM250 ke RM400 seorang. Ini memang memeningkan bukan sahaja bagi yang berpendapatan rendah tetapi juga kepada yang berpendapatan sederhana dan tinggal di ibu kota.

Apabila berlaku demikian, timbul suara-suara yang mempersoalkan kenapa susah sangat mahu dapat bantuan zakat. Sehingga ada yang dakwa amil di kawasan tempat tinggal mereka kedekut, tidak membantu dan menyukarkan agihan zakat kepada mereka yang mendakwa sebagai ‘fakir miskin’ ini.

Benarkah demikian? Sebabnya saban tahun Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) misalnya mengagihkan ratusan juta ringgit kepada semua lapan asnaf yang layak. (Tentang asnaf rujuk surah at-Taubah: 60)

Tahun ini PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM585 juta manakala LZS pula menerima kutipan zakat sebanyak RM581,120,473 pada 2014 dengan agihan sebanyak RM595,114,121.

Ini menunjukkan bahawa agensi pengurusan zakat di negara kita melaksanakan tanggungjawab mereka de­ngan berkesan. Demikianlah sepatutnya wang zakat diagih. Banyak mana diperoleh maka jumlah itu jugalah diagihkan kepada asnaf.

Sebenarnya terlalu banyak bantuan yang disediakan di bawah PPZ-MAIWP ataupun LZS. Terdapat 28 jenis bantuan disediakan termasuk bantuan awal persekolahan, bantuan hari raya dan juga bantuan bulanan kepada para asnaf.

Cuma sebelum bantuan ini diterima, pene­rimanya mestilah mematuhi kriteria yang ditetapkan sebelum layak dikategorikan sebagai asnaf. Inilah yang disebut sebagai had kifayah.

Had kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Dari sudut syarak ialah kadar minimum bagi ke­perluan asas dalam kehidupan seseorang.

Secara ringkasnya, had kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi menge­tahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam aspek keperluan asas iaitu perlin­dungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkut­an. Sekiranya jumlah pengiraan had kifayah lebih tinggi da­ripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Peraturan sebegini dibuat untuk memastikan wang zakat diagih kepada mereka yang layak. Zakat bukan seperti sedekah yang boleh diberi sesuka hati. Sebaliknya perlu diagih kepada mereka yang layak mengikut ketentuan agama. Bagi mereka yang mendakwa dinafikan hak mendapat wang zakat, ada baiknya menyemak kembali status anda.

Jika masih ragu, rujuklah kepada agensi zakat yang ber­kenaan untuk pencerahan. Jangan kerana segelintir yang tidak dapat wang zakat, institusi zakat dilabel sebagai tidak efisien, tidak proaktif dan kedekut.

Read 267 times Last modified on Sabtu, 26 Ogos 2017 03:47