Hari Ini 37

Seminggu 37

Sebulan 13079

Jumlah 17800816

Wasiat

Maksudnya : Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Februari 2020, 12:20:52.

Membangun Ekonomi Ummah Menerusi Instrumen Faraid dan Hibah

No. Jurnal:  Jurnal Muamalat Bil. 1/2008

Penulis:  Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 

Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pelaksanaan faraid dan hibah dalam masyarakat merupakan langkah dan usaha yang baik bagi menyubur dan memperkasa sistem ekonomi dan pengurusan harta berlandaskan Islam. Pembangunan ekonomi umat Islam melalui instrumen faraid dan hibah merupakan salah satu usaha kerajaan yang berterusan bagi membasmi kemiskinan. Kerajaan sentiasa mencari pendekatan yang praktikal dan konkrit bagi memantapkan sistem ekonomi dan pengurusan harta ummah ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam menonjolkan kesyumulan Islam dalan hal ehwal perwarisan, pengurusan dan perancangan harta secara sistematik, adil dan saksama. Ruang pelaksanaan undang-undang Islam telah ditentukan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang diri dan undang-undang keluarga bagi orang-orang yang menganut Islam termasuk hukum syarak berhubung dengan perwarisan harta, wasiat, mas kahwin, nafkah, pemberian, pembahagian harta dan amanah dan khairat agama, pelantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi organisasi mengenai pemberian khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat. Begitu juga berkaitan dengan pentadbiran harta merangkumi perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat kuasa mentadbir pusaka dan sebagainya.

Tags: Jurnal Muamalat Bil. 1/2008, Jurnal Muamalat

Cetak Emel