Hari Ini 69

Seminggu 5835

Sebulan 12594

Jumlah 55302264

Harta

Maksudnya : Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. dan Demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Februari 2020, 12:20:52.

Instrumen Hibah: Analisis Hukum dan Aplikasi di Malaysia

No. Jurnal:  Jurnal Muamalat Bil. 2/2009

Penulis:  MOHD ZAMRO MUDA

Abstrak

Hibah merupakan satu instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah maka seseorang itu telah menyalahi ketetapatan hukum faraid. Kertas ini bertujuan memberikan pendedahan tentang konsep hibah sebagaimana yang telah digariskan oleh hukum syarak dengan memberi fokus kepada beberapa isu yang timbul kesan daripada pelaksanaan hibah. Selain itu, tumpuan turut diberikan terhadap pelaksanaan hibah di Malaysia dalam konteks perancangan harta. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan dan analisis kes. Perbahasan mengenai hibah jelas menunjukkan bahawa ia merupakan satu instrumen yang sesuai untuk diaplikasikan pada masa sekarang dengan syarat  ianya tidak bertentangan dengan hukum faraid sekiranya ia dilaksanakan mengikut ketetapan hukum syarak. Pelaksanaan hukum hibah memerlukan satu undang-undang khusus. Dalam konteks Malaysia, perkara berkaitan hibah terletak dalam bidang kuasa negeri-negeri. Walau bagaimanapun, semua negeri di Malaysia tidak mempunyai undang-undang spesifik mengenai hibah. Oleh itu, semua negeri disaran untuk menggubal enakmen hibah masing-masing.

Abstract 

HIBAH INSTRUMENT: ISLAMIC RULING ANALYSIS AND ITS APPLICATION IN MALAYSIA 

Hibah (gift inter vivos) is a  vital instrument in Islamic wealth planning. Hibah means giving wealth voluntarily to particular parties, done during the donor’s lifetime. There is a presumption that the practice of hibah might be against the faraid law (Islamic inheritance law). Therefore, the aim of this paper is to expose the concept of hibah as prescribed by Shariah Law by focusing on several injunction issues accrue due to the practice of this instrument.  Furthermore, the discussion will focus on the implementation of hibah in Malaysia, in the context of wealth planning. Methodology used is library research and analyzing cases. The discussion revealed that the instrument of hibah is currently appropriate to be applied provided that it is not incontrast with the faraid law if the application is in accordance with Shariah Law. The implementation of this instrument needs specific law. In the Malaysian context, the matter of hibah is under the jurisdiction of the state government. Unfortunately, all states do not have laws of hibah, therefore, each state is recommended to enact its own law on hibah.

Tags: Jurnal Muamalat Bil. 2/2009, Jurnal Muamalat

Cetak Emel