Hari Ini 49

Seminggu 1111

Sebulan 4580

Jumlah 16632

Khianat

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Surah al-Anfal 8 : 27

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Isnin 09 April 2018, 14:29:16.

A

Ada’
Melaksana
Ada’ al-Dayn
Melunaskan hutang
Ahkam al-Mal
Hukum-hukum berkaitan harta
Ahl al-kitab
Golongan yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil
Ahliyyah al-Ada’
Kelayakan atau kapasiti melaksanakan akad atau kontrak
Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah

Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah

Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah

Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak tetapi tidak sempurna.

Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah

Kelayakan menerima hak dan tanggungan dengan sempurna.

Ahliyyah al-wujub al-Naqisah

Kontrak di mana pihak yang berautoriti mewakilkan pihak lain untuk bertindak bagi pihaknya selama mana ia masih hidup.

Ahliyyah al-wujub al-Naqisah

Ahliyyah al-wujub al-Naqisah Ahliyyah al-wujub al-Naqisah Ahliyyah al-wujub al-Naqisah Ahliyyah al-wujub al-Naqisah

Al-Radd

Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah.Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah.Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah.

Al-Rahn

Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai.Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai.Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai.

Amanah

Jujur, setia dan boleh dipercayai.

Amil

Pengurus atau pekerja yang memungut zakat

Amin al-Sunduq

Pemegang amanah atau dana amanah.

Amin al-Sunduq

Pemegang amanah atau dana amanah.

Amwal

Harta benda atau sesuatu yang berharga yang dapat dimiliki dan boleh diambil manfaat daripadanya

Amwal al- ‘Ammah

Harta Awam.

Aqar

Harta tak alih. Sesuatu harta yang tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti bangunan, rumah dan tanah.

Aqd

Kontrak. Pertalian ijab dan qabul dalam suatu perjanjian.
Keterikatan ijab dan qabul yang menghasilkan kesan/implikasi pada subjeknya.

Aqd al-Mudaf

Kontrak masa depan.

Aqd al-Munjiz

Kontrak yang berkuatkuasa segera.

Aqd al-Musamma

Kontrak yang bernama

Aqd al-Sahih

Kontrak yang sah, memenuhi rukun dan syarat- syarat yang menepati prinsip syariah.

Aqd al-Tamlik

Kontrak pemilikan.

Aqd al-Tawarruq

Kontrak tawarruq - Tawarruq.

Aqd al-Tawthiqi

Kontrak jaminan. Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad.Contohnya akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian.

Aqd al-Ta’ati

Kontrak tunjuk terima seperti pembeli mengambil barang dan membayar harganya kepada penjual atau penjual menyerahkan barang kemudian pembeli membayarnya tanpa ada isyarat dan ungkapan. Bay’ al-Mu’atah.

Aqd Fasid

Kontrak yang terdapat kecacatan pada syaratnya.

Aqd Ghayru Sahih / ‘Aqd al-batil

Kontrak yang tidak sah dan tidak memenuhi rukun dan
syarat-syaratnya.

Aqid

Pihak yang berakad dalam urusniaga sama ada pihak berakad asal atau wakil.

Ard

Barang.

Ariyah

Pinjaman.

Arud al-Tijarah

Barang dagangan.

Asabah

Waris lelaki yang berhak ke atas baki dari harta pusaka. Kedudukan mereka dalam Undang-undang Islam adalah selepas waris ‘ashab al-furudh.

Asabah bi al-ghayr

Asabah oleh orang lain. Waris-waris ‘asabah ini semuanya terdiri daripada waris ‘ashab al-furudh
perempuan yang telah ditetapkan fardhunya. Mereka akan menerima ‘asabah ketika mewarisi harta bersama-sama dengan waris-waris lelaki (‘asabah bi al-nafs) yang sedarjat atau setaraf dengan mereka.

Asabah bi al-Nafs

‘Asabah dengan dirinya sendiri. Waris-waris yang termasuk di dalam kategori ini ialah semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan seterusnya ke bawah, bapa, bapa kepada bapa (datuk) dan seterusnya ke atas, saudara lelaki seibu sebapasaudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapasaudara (sebelah bapa) sebapa.

Asabah ma’a al-ghayr

Asabah bersama dengan yang lain. Ia bermaksud waris perempuan yang menerima ‘asabah dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain. Waris-waris yang terlibat dalam bentuk ‘asabah ini hanya dua orang iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. Mereka akan menerima ‘asabah apabila mewarisi bersama- sama dengan anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki seorang atau lebih) atau bersama dengan kedua-duanya sekali.

Asabah Nasabiyyah

Harta yang diwarisi melalui keturunan atau waris si mati. ‘Asabah Nasabiyyah terbahagi kepada tiga bahagian: i) ‘asabah bi al-nafs. ii) ‘asabah bil al-ghair.
iii) ‘asabah ma’a al-ghair

Asabah Sababiyyah

Harta yang diwarisi dengan cara memerdekakan hamba; seperti pemilik hamba akan mewarisi harta si mati (hamba yang telah dimerdekakannya) sekiranya si mati tidak mempunyai waris

Aset

Wang tunai dan harta benda seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang dimiliki seseorang, syarikat atau pertubuhan dan
lain-lain.

Ashab al-Furud

Waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta pusaka menurut al-Quran,
al-Sunnah dan Ijmak.

Ashum ‘Adiyah

Saham biasa iaitu saham tanpa hak istimewa.

Aswaq Kharijiyyah / Aswaq al-Sarf al-Kharij

Pasaran penjualan mata wang asing.

Awarid al-Ahliyyah

Halangan kelayakan.

Awarid Muktasabah

Halangan yang mendatang seperti jahil, mabuk dan bodoh atau dungu dan seumpamanya.

Awarid Muktasabah

Halangan yang mendatang seperti jahil, mabuk dan bodoh atau dungu dan seumpamanya.

Awaridh Samawiyyah

Halangan yang ditetapkan Allah seperti gila, lupa, sakit, mati dan sebagainya.
 

Awl

Pertambahan pada saham-saham waris fardhu dan berlaku pengurangan pada kadar habuan mereka dalam pusaka mengikut nisbah pertambahan itu. Dengan kata lain, berlakunya pertambahan atau peningkatan jumlah saham yang diterima oleh waris dan berkurangnya nilai harta sebenar.

Awraq Maliyyah

Sijil saham.

Azmah Iqtisadiyyah

Krisis ekonomi.

B

Baitulmal

Institusi yang menerima dan mengurus kewangan dari pelbagai sumber harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain untuk kepentingan umat.

Bay’

Kontrak jual beli; pertukaran harta dengan harta dengan syarat-syarat tertentu.

Bay’ al- ‘Urbun

Satu bentuk jual beli di mana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang ini dianggap sebagai hibah (pemberian) daripada pembeli kepada penjual.

Bay’ al-Dayn

Kontrak jual beli ke atas hutang yang terbentuk hasil daripada aktiviti perniagaan yang selaras dengan syarak.

Bay’ al-Fasid

- ‘Aqd Fasid.

Bay’ al-Fuduli

Jual beli yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesuatu harta yang ia tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu.

Bay’ al-Gharar

Jual beli yang mempunyai unsur- unsur penipuan atau ketidakpastian yang boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya sekiranya pembelian diteruskan seperti menjual ikan di dalam kolam.

Bay’ al-Gharar

Jual beli yang mempunyai unsur- unsur penipuan atau ketidakpastian yang boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya sekiranya pembelian diteruskan seperti menjual ikan di dalam kolam.

Bay’ al-Hali

Jual beli secara tunai.

Bay’ al-Istighlal

Jual harta dengan syarat penjual mengambil harta yang dijual itu atas dasar sewa.

Bay’ al-Istighlal

Jual harta dengan syarat penjual mengambil harta yang dijual itu atas dasar sewa.

Bay’ al-Istijrar

Amalan pengambilan barang secara berperingkat dengan harga yang ditetapkan pada masa kontrak dibuat dan pembayaran dilakukan kemudian.

Bay’ al-Istisna‘

Jual beli secara tempahan.- Istisna‘.

Bay’ al-Isytirak

Jual beli secara perkongsian.

Bay’ al-Ja’iz

Jual beli yang diharuskan syarak.

Bay’ al-Jizaf

Akad jual beli barangan secara borong yang melibatkan barangan yang sukar untuk dihitung, ditimbang atau tidak diketahui kuantiti secara tepat produk tersebut.

Bay’ al-Mawjud

Kontrak jual beli sesuatu yang sudah ada ketika akad dilakukan.

Bay’ al-Ma’dum

Menjual sesuatu barangan yang tidak dimiliki oleh penjual ketika kontrak jual beli berlangsung.

Bay’ al-Muqayyadah

Jual beli tukar barang.

Bay’ al-Murabahah

Penjualan barangan pada harga kos ditambah margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian.

Bay’ al-Muzayadah

Jual beli secara lelong iaitu jual beli di mana penjual menawarkan aset jualan diikuti permintaan para pembeli yang menawarkan harga berdasarkan kesanggupan masing- masing. Kemudian aset tersebut dijual kepada pembeli yang menawarkan harga tertinggi.

Bay’ al-Mu’atah

Jual beli melalui perbuatan secara lazimnya tanpa melibatkan lafaz ijab dan qabul dalam urusan pembelian kecil-kecilan atau runcit.- ‘Aqd al-Ta’ati.

Bay’ al-Sahih

Akad sahih.

Bay’ al-Salam

Kontrak jual beli barang pesanan yang disepakati butiran terperinci pada awal akad dan pembayaran penuh dibuat secara tunai manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkanJual beli salam hanya bagi barang- barang yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada barang-barang ribawi. (untuk tukaran dengan barang ribawi dalam kategori yang sama asas pengharamannya (illah).

Bay’ al-Sarf

Jual beli mata wang dengan mata wang lain termasuk emas dan perak.

Bay’ al-Taqsit

Jual beli secara ansuran.

Bay’ al-Tasriyyah

Jual beli yang berunsurkan penipuan atau helah.

Bay’ al-Wafa’

Jual beli yang meletak syarat bahawa apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual. Kontrak dibuat di mana seseorang menjual suatu barang pada pembeli dengan persetujuan bersama di mana pembeli akan menjualkan kembali barang tersebut kepada penjual dengan harga yang dipersetujui. Dalam masyarakat Melayu kontrak ini dikenali sebagai jual janji.

Bay’ al-‘Inah

Jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli. Penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku.

Bay’ Batil

Jual beli yang tidak sah kerana salah satu rukunnya tidak dipenuhi.

Bay’ bi thaman al-ajil

Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu.

Bay’ bima yanqati’ bihi al-si’r

Amalan pengambilan barang seperti daging, minyak dan lain-lain oleh pembeli pada setiap hari dalam jumlah tertentu kemudian pembayaran dilakukan mengikut harga pasaran pada akhir bulan tanpa menentukan harganya pada masa kontrak dibuat.

Bay’al-Mazad

Bay‘ Muzayadah.

Bon

Instrumen hutang yang diterbitkan oleh pihak kerajaan atau swasta bagi tujuan mendapatkan modal dengan cara berhutang dan mempunyai tempoh matang tertentu. Di akhir tempoh matang, pihak yang menerbitkan bon akan membayar jumlah asal yang dipinjam beserta dengan faedah (kupon).

Bursa

Tempat untuk menjual beli sekuriti, saham, sukuk dan lain-lain yang dilakukan mengikut peraturan- peraturan yang ditetapkan.

Bursa al-Awraq al-Maliyyah

Tempat dilakukan transaksi financial papers.

C

Cagaran

Menyerahkan sesuatu barang untuk dijadikan gadaian apabila membuat pinjaman atau berhutang daripada pemiutang.

Caj

Bayaran yang perlu untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli.

Cek

Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar atau pengeluar cek) kepada pihak lain (bank atau institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh pembayar atau pengeluar cek.

Cek Berpalang

Cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan.

Cek Dalaman

Cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama.

Cek Kembara

Cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapat mata wang asing.

Cek Kosong

Cek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya.

Cek Lewat Tarikh

Cek yang ditulis dengan tarikh hadapan.

Cek Luar Kawasan

Cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon penjelasan tempatan.

Cek Luput

Cek yang sudah lepas tarikh lakunya atau cek yang telah dikeluarkan lebih daripada 6 bulan.

Cek Tempatan

Cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang terletak di dalam zon penjelasan tempatan.

Cek Tendang / Cek Lambung

Cek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan.

Cek Tunai / Cek Terbuka
Cek yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa sahaja yang mengemukakannya kepada bank.
Ceti

Orang yang meminjamkan wang dan mengenakan kadar bunga yang tinggi.

D

Dalil

Bukti, hujah, tanda.

Daman
Ganti rugi. Kontrak berbentuk jaminan di mana penjamin akan menyatakan sebarang ganti rugi atau kewajipan yang harus dipenuhi oleh pemilik aset tersebut. Konsep ini sesuai dalam situasi di mana jaminan disediakan dalam transaksi yang melibatkan hutang sekiranya penghutang gagal untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Darar

Kemudaratan.

Darar al-Fahisy

Kemudaratan melampaui batas atau kemudaratan keji. Kerosakan yang berlaku pada produk atau bangunan pada tahap kritikal sehingga menyebabkan produk atau bangunan itu tidak boleh digunakan langsung. Contohnya (barangan seperti komputer yang pecah atau dinding yang roboh).

Daribah

Cukai. Nilai wang atau harta yang dipungut berdasarkan taksiran yang dikenakan oleh pemerintah untuk perbelanjaan negara. Contohnya cukai jalan, cukai pendapatan individu dan cukai korporat.

Darurah

Perihal terpaksa atau terdesak melibatkan keadaan yang genting. Contohnya ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional.

Daruriyyat al-Khams

Lima keperluan asasi. Merupakan sesuatu keperluan yang wajib dan perlu wujud untuk memastikan kemaslahatan agama dan kelangsungan hidup yang sempurna. Lima perkara yang wajib dipelihara di sisi syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Dayn

Hutang. Segala jenis tanggungan yang ditanggung oleh seseorang berupa harta yang wajib dibayar. Menurut perundangan Islam, ia mencakupi ruang lingkup yang luas iaitu bayaran kepada harga barangan, bayaran kepada qard (hutang), bayaran mahr (mas kahwin) selepas isteri disetubuhi atau sebelumnya; yakni mahr yang belum dibayar selepas akad nikah, bayaran sewa, ganti rugi yang mesti dibayar kerana jenayah (arsy), ganti rugi atas kerosakan yang dilakukan, jumlah wang yang mesti dibayar kerana tebus talak (khuluk) dan bayaran pesanan yang belum sampai (muslam fih).

Da’ wa ta’ajjal

Tindakan pemiutang menggugurkan sebahagian daripada hutangnya apabila penghutang melunaskan baki hutang tersebut lebih awal.

Dhawi al- Arham

Waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan â€کasabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai.

Dinar

Kepingan atau mata wang emas.

Dirham

Kepingan atau mata wang perak.

F

Faedah

Bunga atau riba. Ia adalah tambahan yang dikenakan dalam transaksi pinjaman.

Fakir

Orang yang tidak memiliki harta dan pendapatan. Fakir adalah salah satu daripada asnaf yang layak untuk menerima zakat.

Faraid

Ilmu pengetahuan atau hukum tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak yang menetapkan bahagian-bahagian tertentu kepada waris-waris.

Fardu

1. Kewajipan; seperti kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan seumpamanya .

2. Hak yang ditetapkan dalam ilmu faraid; seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 2/3 dan 1/6.

Fasid

Rosak, tidak sah atau batal.

Fasiq

Orang yang berterusan melakukan dosa.

Fiqh

Ilmu yang berkaitan dengan hukum amali syarak berdasarkan dalil-dalil secara terperinci. Perbahasannya merangkumi, ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, jihad dan kehakiman.

Fiqh al-Mu‘amalat

Satu disiplin ilmu yang membahaskan hukum berkenaan urusan hidup manusia yang berkait dengan kegiatan harian dalam semua bidang, atau kegiatan akad, iltizam, dan tasarruf, yang membawa kesan pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat bersama berdasarkan kerelaan dan kepuasan.

Fulus

Duit syiling.

Fuqaha’

Pakar-pakar dalam bidang fiqh.

G

Ghabn

Penipuan. Perbezaan di antara harga jualan/belian dengan harga sebenar di pasaran.

Ghabn al-Fahisy

Penipuan yang melampau.

Ghabn al-Yasir

Penipuan yang tidak melampau.

Ghalat

Kesilapan dalam membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Mengikut teori akad dalam perundangan Islam, ghalat merupakan salah satu unsur negatif yang boleh mengganggu kesahihan sesuatu akad dan boleh menyebabkan sesuatu akad dianggap tidak sah.

Ghalat

Kesilapan dalam membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Mengikut teori akad dalam perundangan Islam, ghalat merupakan salah satu unsur negatif yang boleh mengganggu kesahihan sesuatu akad dan boleh menyebabkan sesuatu akad dianggap tidak sah.

Gharar

Ketidakpastian dalam sesuatu â€کaqd atau kontrak.

Gharim

Orang yang berhutang.

Ghasb

Mengambil sesuatu secara kekerasan.

Ghisy

Penipuan atau kecurangan. Perbuatan yang disengajakan untuk menimbulkan kerugian dan penganiayaan pada pihak lain, contohnya perbuatan seseorang yang memalsukan, menyembunyikan atau menghilangkan bukti yang penting.

Ghulul

Khianat. Perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain.

H

Hadiah
Pemberian sukarela yang bermotifkan kebajikan atau mengeratkan silaturrahim.
Hadiah

Pemberian sukarela yang bermotifkan kebajikan atau mengeratkan silaturrahim.

Hajb
Tegahan atau halangan seseorang waris tertentu yang telah mencukupi sebab-sebab dan syarat-syarat pewarisan daripada mendapat harta pusaka sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, kerana ada waris lain yang lebih berhak terhadap harta pusaka itu.
Hajb

Tegahan atau halangan seseorang waris tertentu yang telah mencukupi sebab-sebab dan syarat-syarat pewarisan daripada mendapat harta pusaka sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, kerana ada waris lain yang lebih berhak terhadap harta pusaka itu.

Hajb al-Hirman
Halangan seseorang waris daripada mendapat harta pusaka secara mutlak. Hajb al-Hirman terbahagi kepada dua bahagian: i) hajb al-Hirman al-Mu’aqqat seperti datuk dihalang oleh bapa daripada mendapat harta pusaka cucunya. ii) hajb al-Hirman al-Mu’abbad seperti pembunuh tidak akan mewarisi harta orang yang dibunuhnya.
Hajb al-Hirman

Halangan seseorang waris daripada mendapat harta pusaka secara mutlak. Hajb al-Hirman terbahagi kepada dua bahagian: i) hajb al-Hirman al-Mu’aqqat seperti datuk dihalang oleh bapa daripada mendapat harta pusaka cucunya. ii) hajb al-Hirman al-Mu’abbad seperti pembunuh tidak akan mewarisi harta orang yang dibunuhnya.

Hajb al-Nuqsan
Halangan yang boleh mengurangkan bahagian waris daripada mendapat bahagian (saham) yang lebih banyak kepada yang lebih sedikit kerana ada waris lain, seperti bahagian suami boleh berubah dari ½ kepada ¼ kerana ada anak lelaki atau anak perempuan kepada si mati (isteri).
Hak milik sempurna
Pemilik menguasai penuh fizikal dan manfaat barang yang dimilikinya dan dia bebas menggunakan dan mengurusnya tanpa ada sebarang halangan daripada pihak lain seperti menjual dan menyewa.
Hak Milik Tidak Sempurna
Pemilik hanya menguasai fizikal atau manfaat barang itu sahaja, (pemilik yang menyewakan rumahnya maka dalam kes ini pemilik rumah dianggap pemilik tidak sempurna kerana manfaat rumah itu dimiliki oleh penyewa).
Halal
Sesuatu yang dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak.
Hamish al-jiddiyah
Jumlah bayaran yang dikemukakan oleh pihak pemohon atau pembeli kepada pihak penjual berdasarkan permintaan bayaran daripada pihak penjual yang memastikan kesungguhan pemohon atau pembeli dalam sesuatu urusniaga jual beli.
Haqq Mali
Hak berbentuk harta, misalnya haqq dayn (hak hutang) dan haqq tamalluk (hak pemilikan).
Haram
Sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh syarak.
Harta
Lihat Amwal.
Harta alih
Harta yang boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti mata wang, barang-barangan dan binatang.
Harta tak alih
Lihat Aqar.
Hawl
Genap masa satu tahun hijri (untuk membayar zakat).
Hibah
Pemberian sukarela semasa hidup.
Hibah al-Ruqba
Suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Hibah al-‘Umra
Suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. Sebaliknya jika pemberi hibah meninggal dunia, harta hibah akan kembali kepada waris pemberi hibah.
Hilah
Sebarang cara/kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Terdapat hilah yang dibenarkan selain hilah yang diharamkan.
Hiwalah
Pemindahan hak atau hutang daripada tanggungan kepada tanggungan yang lain (dengan persetujuan semua pihak).

I

Ibra’
Rebat. Potongan daripada sejumlah bayaran yang dikenakan atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran.
Ihtikar
Tindakan memonopoli barangan keperluan umum.
Ijab
Pernyataan pihak pertama dalam sesuatu akad yang menunjukkan kehendaknya untuk berkontrak; tawaran.
Ijarah
Kontrak sewa menyewa dan upah.
Ijarah al-Mumtahiyah bi al-Tamlik
Akad sewa yang diakhiri dengan pemilikan barang oleh penyewa. Merupakan gabungan antara kontrak sewa dan kontrak jual beli.
Ijarah thumma al-Bay’
Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak ijarah (sewaan) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak.N KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 35
/ Glosari Muamalat
kedua iaitu kontrak bay’ (belian) dimenterai. Sebagai contoh, dibawah kemudahan pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan menyewa kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewaan yang telah dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Pada akhir tempoh sewaan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang dipersetujui.
Ijmak
Persepakatan mujtahid di kalangan umat Islam terhadap sesuatu hukum pada sesuatu zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Ijtihad
Menggunakan keupayaan yang maksimum untuk mendapatkan hukum-hukum syarak yang amali melalui penggunaan sumber- sumber syarak yang diiktiraf oleh orang yang layak (mujtahid).
Insurans
Merupakan suatu sistem yang berlandaskan perjanjian antara sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju mengikut sistem ini, memikul apa jua beban bencana yang menimpa salah seorang daripada mereka dan berkongsi menyumbangkan wang bagi mengatasi bencana ataupun membayar pampasan kerana ditimpa sesuatu bencana.
Iqta’
Apa yang diberikan oleh pemerintah dalam bentuk hartanah. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk hak milik atau hak menggunakan manfaat hartanah tersebut.
Istihsan
Salah satu cara menetapkan hukum yang mempunyai dalil atas sesuatu perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syarak yang membolehkan tindakan sedemikian.
Istiqra’
Penelitian secara menyeluruh dan mendalam terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan sesuatu kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut.
Istishab
Pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil lain yang boleh mengubah hukum tersebut.
Istisna‘
Kontrak jual beli dalam bentuk pesanan pembuatan barang tertentu dengan spesifikasi dan syarat tertentu yang telah disepakati antara pemesan atau pembeli dan penjual, pengilang atau pemaju.
Istithna’
Pengecualian terhadap sesuatu perkara.
Itlaf
Kerosakan, kebinasaan atau kemusnahan.
Ittifaq Dhimni
Persetujuan tersirat yang wujud sebelum sesuatu kontrak dimeterai. Contohnya Penjual dan pembeli telah membuat persetujuan awal untuk menjual aset dengan harga tertentu dan membeli semula dengan harga tertentu.
Iwad
Tukaran dalam jual beli atau sebarang kontrak lain.

J

Jahalah

Ketidaktahuan sifat sesuatu objek dalam sesuatu akad.

Jahiliyyah

Zaman sebelum kedatangan Islam.

Ji’alah

Kontrak ganjaran. Kontrak daripada sebelah pihak (unilateral) yang menjanjikan ganjaran kepada pihak yang lain di atas sesuatu perbuatan atau pencapaian. Contoh caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Jualan Langsung

Jualan dari pintu ke pintu, melalui katalog, pos dan telefon iaitu penjual atau pengedar barangan atau perkhidmatan bersemuka secara terus dengan pembeli tanpa melalui orang tengah.
(Rujuk Garis Panduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)).

Judi

Segala aktiviti yang melibatkan pertaruhan, iaitu pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya.

Juz’i

Cabang, komponen, pecahan atau bahagian.

K

Kafalah

Jaminan; kontrak jaminan yang diberikan oleh penanggung/penjamin kepada pihak ketiga untuk memenuhi kewajipan pihak kedua atau orang yang ditanggung.

L

Laba

Keuntungan yang diperoleh daripada wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan hasil daripada kenaikan harga.

Labur

Meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang dalam sesuatu badan perniagaan dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan atau menanam modal.

Langganan

Pelanggan; penjual yang tetap; hubungan jual beli atau urus niaga yang tetap antara seseorang penjual dengan pembeli yang selalu membeli daripadanya.

Lelong

Penjualan secara terbuka atau di hadapan khalayak ramai dengan harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya dalam tempoh tertentu.

Lesen

Sijil atau dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran kepada seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu.

Liabiliti

Tanggungan atau jumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, barang dan perkhidmatan.

Luqatah

Barang yang dijumpai atau barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya.

l

lllah

Sebab, alasan, asas hukum.

M

Mafsadah

Kerosakan, kebinasaan, kehancuran.

Mal

Lihat Harta dan Aset.

Manhaj

Metodologi, pendekatan,teknik, cara dan kaedah

Manqul

lihat Harta alih.

Maqasid Syar’iyyah

Objektif yang ingin dicapai oleh syarak ketika menetapkan sesuatu hukum yang bertujuan menjaga maslahat manusia.

Marhun

Barang yang digadai contohnya barang kemas yang dicagarkan bagi mendapat hutang.

Marhun Bih

Hutang; jumlah wang yang diterima oleh al-rahin daripada al-murtahin sebagai hutang yang wajib dibayar balik.

Maslahah

Sesuatu yang berfaedah yang dilakukan untuk kepentingan umum iaitu memutuskan sesuatu hukum berasaskan kepentingan umum pada perkara yang tidak terdapat nas daripada al-Quran dan al- Sunnah secara jelas.

Masrufat

Pengeluaran atau pembiayaan.

Mawruth

Harta benda atau hak-hak yang ditinggalkan oleh pewaris yang akan diwarisi oleh waris-warisnya.

Maysir

Lihat Judi.

Mazhab

Pendapat atau aliran yang berkaitan dengan pemahaman ajaran agama Islam dalam bidang hukum atau fiqh

Milk al-Tam

Hak milik sempurna.

Milk Ghayr al-Tam / al-Naqis

Hak milik tidak sempurna.

Mirath

Kaedah-kaedah daripada fiqh dan ilmu hisab yang dapat mengetahui orang-orang yang berhak mendapat harta pusaka dan bahagian setiap waris berhak.

Mithqal

Ukuran berat bagi emas dan perak.

Mizan

Neraca atau timbangan untuk menentukan berat atau nilaian sesuatu perkara.

Mudarabah

Akad pelaburan yang melibatkan persetujuan antara pemodal dengan pengusaha di mana keuntungan akan dibahagi antara pemodal dengan pengusaha berdasarkan nisbah yang disepakati. Sekiranya berlaku kerugian, ia ditanggung sepenuhnya oleh pemodal, manakala pengusaha akan menanggung kerugian usahanya.

Mudarabah Muqayyadah

Pemodal menetapkan syarat tertentu yang harus dipatuhi oleh pengusaha di dalam menguruskan modal yang diberikannya.

Mudarat

Hal-hal yang melibatkan kesusahan, kesengsaraan, kerugian, kepayahan, kesulitan dan seumpamanya

Mudharabah Mutlaqah

Pemodal memberi kuasa penuh kepada pengusaha untuk mengurus modal yang diberikannya tanpa sebarang sekatan mengenai tempat tujuan atau kategori usaha yang akan diusahakan.

Muflis

Orang yang tidak berupaya membayar hutang atau bankrap.

Mukallaf

Orang Islam yang sudah aqil baligh (dewasa) yang menerima tanggungjawab penuh terhadap suruhan dan larangan agama.

Mulamasah

Transaksi pembelian barangan oleh pembeli tanpa melihat atau memeriksanya. Sebaliknya pembelian hanya berlaku atau dianggap berlaku sebaik sahaja pembeli menyentuh barang jualan tanpa melihatnya.

Multi Level Marketing (MLM)

Satu bentuk pemasaran di mana syarikat akan melantik individu sebagai ahli atau pengedar untuk mengedar barangan syarikat. Ahli atau pengedar akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan tersebut. Setiap ahli atau pengedar akan mendapat komisyen, bonus atau insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaiannya.

Mumattil

Orang yang enggan membayar atau sengaja menangguh-nangguhkan hutangnya yang telah matang sedangkan ia berkemampuan untuk melangsaikannya.

Munakahah

Perkahwinan atau perbincangan hukum-hakam berkaitan perkahwinan dan rumah tangga.

Muqasah

Pemotongan pembayaran jumlah hutang atau lainnya

Murabahah

Lihat Bay al-Murabahah.

Murtahin

Orang yang memberi hutang/ orang yang menerima gadaian.

Musawamah

Jual beli yang berlaku dengan proses tawar menawar antara penjual dan pembeli tanpa penjual memaklumkan kos/harga modalnya.

Musyarakah / Syirkah

Akad kerjasama antara dua pihak atau lebih pemilik (modal) dalam pelbagai bentuk) untuk melaksanakan sesuatu projek yang halal dan produktif. Keuntungan atau kerugian daripada kerjasama tersebut dibahagi berdasarkan syarat-syarat tertentu. Terdapat banyak bentuk musyarakah seperti syirkah ‘inan, syirkah mutawadah, syirkah abdan dan syirkah wujuh.

Musyarakah Mutanaqisah

Suatu bentuk akad pensyarikatan, iaitu pihak pembiaya yang merupakan antara rakan kongsi, memberi hak kepada rakan kongsinya yang lain memiliki aset dengan sekali atau beberapa kali bayaran iaitu secara beransur-ansur berdasarkan kepada syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Muwarrith

Orang yang mewariskan harta pusaka atau si mati.

Mu’allaf

Orang yang baru memeluk agama Islam yang dikenali sebagai saudara muslim. Sebelum ini dikenali sebagai saudara baru atau saudara kita.

Mu’amalah

Segala perkara yang tergolong atau berkaitan dengan bidang kemasyarakatan.

N

Nisab

Kadar minimum untuk nilai, sukatan, timbangan atau bilangan bagi beberapa kategori harta benda yang wajib dikenakan zakat.

O

Opsyen

Hak untuk membeli atau menjual sejumlah aset pendasar seperti sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu, atau pada tarikh tertentu.

P

Pasaran

Kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubung (berjual beli), lingkungan perniagaan yang memberi kesempatan kepada penjualan barang-barang atau perkhidmatan, permintaan pembeli atau penawaran penjual.

Pasaran Modal

Pasaran kewangan untuk sumber modal jangka panjang yang dipinjamkan oleh badan kewangan seperti bank.

Pasaran Modal Islam

Pasaran kewangan untuk sumber modal jangka panjang yang dipinjamkan oleh badan kewangan Islam.

Pasaran Saham

Tempat berurus niaga saham.

Perbankan Islam

Institusi yang terlibat secara langsung dengan amalan perbankan yang berdasarkan syariah Islam dan menggunakan kaedah-kaedah fiqh.

Prinsip Syariah

Pelaksanaan sesuatu perkara berdasarkan hukum Islam.

Q

Qabd

Penerimaan terhadap sesuatu subjek dalam â€کaqd. Ia boleh dilakukan dengan cara zahir seperti membuat pengambilan barang selepas jual beli, atau secara tidak zahir seperti pengiktirafan bahawa akibat sesuatu tindakan tertentu, menunjukkan qabd telah berlaku dengan sempurna. Secara amnya, qabd bergantung kepada â€کurf tentang cara bagaimana sesuatu penguasaan dan pemilikan telah sempurna berlaku.

Qabul
Penyataan persetujuan oleh pihak kedua yang menunjukkan dia redha terhadap sesuatu kontrak. Contohnya dalam jual beli pembeli berkata “saya beli”. Selain itu, qabul juga boleh dilakukan dalam bentuk lain, seperti pembayaran wang, penerimaan produk, bertulis atau secara isyarat.
Qard
Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam hanya dikehendaki membayar amaun yang dipinjam sahaja. Walau bagaimanapun, peminjam atas budi bicaranya boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya (tanpa berjanji) sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.
Qimah Haqiqiyyah
Nilai saham sebenar yang dimiliki daripada harta bersih syarikat setelah ditolak hutang. Apabila syarikat mendapat keuntungan dan mempunyai rizab modal, maka nilai saham yang sebenar akan naik menjadi lebih tinggi daripada nilai catatan.
Qimah Isdar
Nilai wang yang lebih rendah daripada nilai saham yang tercatat pada sijil saham. Contohnya nilai wang yang tercatat pada sijil ialah RM5, tetapi syarikat menerbitkannya supaya dibeli oleh pelabur hanya dengan nilai RM4 sahaja. Saham ini dilarang oleh syarak kerana pembahagian keuntungan dibahagikan sama rata sedangkan nilai biasa.
Qimah Ismiyyah
Nilai wang yang tercatat pada sijil saham. Nilai ini merupakan kadar pemilikan sebenar pelabur dalam modal syarikat. Contohnya nilai tara sesaham ialah RM1. Sekiranya pelabur membeli saham pada nilai tara berjumlah RM100,000 maka nilai wang yang tercatat pada kertas sijil ialah RM100,000 mewakili 100,000 unit saham.
Qimah Suqiyyah
Nilai saham yang diurusniagakan di Bursa Saham. Qimah Suquiyyah berubah-ubah mengikut kejayaan operasi dalam syarikat peningkatan aset syarikat, rizab modal, permintaan dan penawaran, spekulasi, suasana politik dan ekonomi semasa.
Qimar
Lihat Judi.
Qiyas
Penetapan hukum yang dibuat dengan membandingkan keadaan sesuatu hal dengan hukum dasar yang terdapat dalam Quran dan hadith atau menyamakan hukum asal yang ada nas dengan perkara baru yang tiada nas tetapi mempunyai ‘illah yang sama. Qias merupakan asas kepada ijtihad. Ia dianggap sebagai sumber perundangan yang banyak memberi sumbangan dalam menyelesaikan isu-isu baru yang belum dibahaskan.

R

Rahin

Penggadai Orang yang menggadaikan barangan bernilai atau orang yang menyerahkan sesuatu sebagai cagaran hutang.

Ra’s al-Mal

1. Modal dalam perkongsian (syirkah/musyarakah/mudarabah). 2. Harga asal dalam jual beli amanah (murabahah, tawliyah, wadi‘ah). 3. Bayaran yang dijelaskan oleh pembeli dalam ‘aqd salam.

Ra’s al-Mal

1. Modal dalam perkongsian (syirkah/musyarakah/mudarabah). 2. Harga asal dalam jual beli amanah (murabahah, tawliyah, wadi‘ah). 3. Bayaran yang dijelaskan oleh pembeli dalam ‘aqd salam.

Rebat

Potongan harga, diskaun atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran.lihat Ibra’.

Rebat

Potongan harga, diskaun atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran.lihat Ibra’.

Riba

Lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, daging dan buah-buahan. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu riba fadl, riba nasi’ah dan riba jahiliah.

Riba al-Buyu’

Lihat Riba al-buyu’

Riba al-Nasi’ah

Riba yang berlaku apabila ada lebihan terhadap bayaran balik pinjaman disebabkan oleh penangguhan tempoh masa bayaran atau bayaran tambahan kerana melebihi tempoh masa bayaran yang ditetapkan.

Riba al-Qurud

Riba yang wujud daripada aktiviti pemberian hutang atau pinjaman.

S

Sadd al-Dhara’i
Pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak dalam perkara yang diharamkan. Ia dianggap sebagai langkah pencegahan awal untuk mengelakkan seseorang Islam daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT
Saham
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Pemegang saham adalah pemilik syarikat. Pemilikan ini dilambangkan melalui sijil saham yang dicatatkan nama pemegang saham.
Sedekah
Pemberian sesuatu kepada mana-mana pihak dengan tujuan untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah SWT semata-mata.
Shart Jaza`i
Lihat Ta’widh
Siyasah al-Syar`iyyah
Suatu bidang dalam perundangan Islam yang membicarakan hukum berhubung kait dengan dasar dan pendekatan yang diambil untuk menyusun struktur pentadbiran Negara dan urusan rakyat, selaras roh syariat. Ia meliputi soal pemerintahan pusat dan wilayah, ekonomi, kehakiman, hubungan antarabangsa dan seumpamanya.
Spekulasi
Perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dan lain-lain) dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi menghadapi risiko.
Spekulator
Orang yang membuat spekulasi (dalam pasaran saham dan sebagainya) dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko.
Suftajah
Instrumen pemberian hutang dalam bentuk nota kewangan (cek) kepada seseorang untuk membolehkan pemiutang mendapat kemudahan menggunakannya di tempat lain yang telah ditentukan pada satu tarikh yang akan datang. Contohnya, sebuah syarikat menghantar surat kredit atau draf bank kepada wakil di luar negara untuk urusan pembayaran import eksport atau hutang.
Sukuk
Dokumen kewangan yang nilainya disandarkan pada harta.
Syarikah al-Mufawadah
Suatu bentuk perkongsian yang sama dengan rakan kongsi dari sudut modal, tindakan, hutang dan keuntungan, bermula dari awal operasi hingga ke akhir perkongsian.
Syarikah al-‘Anan
Kontrak perkongsian di mana semua rakan kongsi menyumbang modal dan tenaga. Perkongsian untung berdasarkan persetujuan bersama dan perkongsian kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal. Musyarakah.
Syarikah/Syirkah
Lihat Musyarakah

T

Tabarru‘
Pemberian hak milik atau manfaat kepada mana-mana pihak secara percuma tanpa ada balasan dengan niat membuat kebaikan
Tadlis al-‘Ayb
Aktiviti menyembunyikan kecacatan barangan jualan yang sengaja dilakukan oleh penjual
Takaful

Suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.

Takhliyah

Penjual memberi keizinan kepada pembeli untuk mengambil barang jualan tanpa sebarang halangan. Contohnya, penjual menyerahkan barangan jualan kepada seseorang yang diarahkan oleh pembeli untuk menerima sebagai wakil bagi pihaknya. Contoh lain, penjual membuka kunci gudang sebagai tanda menyerahkan gandum yang dijual di dalamnya.

Taklif

Kewajipan (tanggungan, hukum dan sebagainya) syariat yang dikenakan pada seseorang.

Talfiq

Mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid silam. Manhaj ini mengabungkan dua pandangan mazhab atau lebih dan menghasilkan pendapat lain yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid terdahulu.

Tamwil al-Dayn

Pembiayaan hutang.

Tanajusy

Persepakatan negatif,(konspirasi) secara senyap antara penjual dan pembeli supaya menunjukkan keinginan membeli dengan membayar harga lebih tinggi. Ini dilakukan supaya orang lain terpedaya dan berebut-rebut membeli barangan jualan yang sama dengan harga yang tinggi dan natijahnya penjual mendapat
keuntungan yang besar.

Tanazul

Pengguguran tuntutan hak.

Taqabud

Serah-menyerah pertukaran daripada kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Lihat : Qabul

Taqlid

Mengikut pandangan seseorang atau mazhab tertentu tanpa mengetahui dalilnya.

Tarikah

Harta pusaka. Sesuatu yang ditinggalkan si mati termasuklah harta benda, hak- hak kebendaan dan hak- hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak- hak persendirian.

Taswiq

Pemasaran.

Tawarruq

Jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barang secara tertangguh dan kemudian barangan tersebut dijual secara tunai kepada pihak ketiga (bukan penjual asal) yang mana harga jualan tersebut lebih rendah daripada harga belian bagi tujuan mendapatkan tunai.

Ta‘wid

Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh pihak yang berakad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang apabila penghutang gagal atau lewat
melaksanakan obligasinya untuk membayar balik hutang.

Ta’min

Lihat : Insurans.

Ta’wil

Interpretasi. Usaha untuk menerangkan kehendak syarak daripada sesuatu lafaz (dalil) tanpa terikat kepada pengertian dalil tersebut. Sebaliknya maksud lain yang tersirat akan diterima pakai sekiranya disokong kuat oleh dalil lain yang menjelaskan bahawa syarak mengkehendaki maksud tersebut.

Thabit

Sudah tetap, nyata, pasti, sah, terang, jelas.

Thaman

Harga.

Thaman al-Mithl

Harga pasaran.

Transaksi

Penyelesaian pembayaran dalam perniagaan (perdagangan). Persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urusniaga.

Transaksi

Penyelesaian pembayaran dalam perniagaan (perdagangan). Persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urusniaga.

U

Ujrah
Bayaran sewa atau upah terhadap penggunaan manfaat dan tenaga. Dalam konteks ekonomi semasa, ia boleh digunakan sebagai gaji, upah, komisen dan seumpamanya.
Umum al-Balwa
Kerumitan meluas yang berlaku dalam masyarakat yang sukar untuk dielakkan.
Uqud al-Hifz
Kontrak-kontrak simpanan atau penjagaan.
Uqud al-Isqatat
Kontrak-kontrak melepaskan hak.
Uqud al-Isytirak
Kontrak-kontrak perkongsian.
Uqud al-Mu‘awadah
Sebarang ikatan pertukaran pemilikan yang mewujudkan tanggungjawab dan hak kepada pihak yang berkontrak.
Uqud al-Tabarruat
Kontrak-kontrak kebajikan.
Urbun
Deposit atau wang cengkeram yang menjadi sebahagian daripada harga barangan atau perkhidmatan yang dibayar dahulu oleh pembeli atau penyewa sebagai tanda komitmen. Lihat : Bay‘ al-Urbun.
Urf
Kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat sama ada dalam bentuk percakapan atau perbuatan. Ia merupakan ‘adat jama’iyyah (amalan kebiasaan yang diterima pakai secara kolektif) dan boleh diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan syarak.
Urf Khas Min Asalib al-Iqtisodiyyah
Sesuatu perkara yang diterima pakai secara meluas khususnya dalam kegiatan ekonomi.

W

Wadi‘ah
Harta yang diberikan oleh satu pihak pada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta. Sekiranya harta tersebut hilang atau rosak tanpa kesilapan dan kecuaian, maka penjaga tidak bertanggungjawab untuk membayar gantirugi. Contohnya, barangan yang disimpan di kaunter simpanan barang di pasar raya tanpa dikenakan caj.
Wadi‘ah Yad al-Amanah
Simpanan yang diberikan kepada mana-mana pihak dan penjaga tersebut hanya menjaga sahaja tidak dibenarkan menggunakannya.
Wadi‘ah Yad al-Damanah
Simpanan dengan jaminan di mana pihak yang memegang amanah boleh menggunakan wang tersebut dengan jaminan bahawa penyimpan akan mendapat kembali wang yang disimpannya. Penyimpan tidak berhak kepada sebarang perkongsian keuntungan tetapi pemegang amanah boleh memberikan pulangan kepada penyimpansebagai penghargaan.
Wakaf
Sesuatu pemberian atau sumbangan ikhlas harta yang dimiliki untuk kepentingandan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.
Wakalah
Memberi mandat kepada satu pihak yang lain dalam perkara yang boleh iwakilkan untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi pihaknya.
Wali
Orang yang diberi kuasa untuk menguruskan anak yatim dan hartanya sehinggalah ia dewasa.
Waran
Surat kebenaran yang membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat.
Waran panggilan
Suatu hak tetapi bukan kewajipan untuk membeli dengan kuantiti tetap sesuatuaset ( seperti saham ) dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad.
Warith
Orang yang akan mewarisi harta pusaka si mati.
Wasi
Orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat.
Wasiat
Pemberian harta, hak atau manfaat oleh seseorang kepada seseorang yang lain semasa hayatnya tanpa apa-apa balasan dan berkuatkuasa selepas
kematiannya. Harta yang hendak diwasiatkan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati.
Wisayah
Pemberian amanah kepada seseorang (wasi) untuk melakukan atau melaksanakan pengurusan harta amanah seperti wasiat dan hibah.