Hari Ini 186

Seminggu 2452

Sebulan 9403

Jumlah 17798321

Perbuatan-Perbuatan Yang Haram - Memakan Bangkai, Darah, Dan Daging Babi

Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.

Pewarisan Harta Dan Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda

Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-38, yang bersidang pada 21 Jun 1995 di Negeri Sembilan telah membincangkan berkaitan hukum Pewarisan Harta dan Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan FELDA. Muzakarah telas memutuskan bahawa: 

  1. Amalan yang dilaksanakan di Rancangan FELDA mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tahun1960 adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana persetujuan meletakkan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.
  2. Sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka:
    1. Harta si mati hendaklah dijual
    2. Penjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepadawaris.
    3. Hasil daripada penjualan harta tersebut hendaklah dibahagi-kan kepada waris mengikut faraid, dan
    4. Kalau harta si mati tidak habis dibahagikan kepada waris mengikut faraid maka lebihan pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
  3. Amalan yang dilaksanakan di Rancangan FELDA mengenai harta sepencarian tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Cetak Emel